MFR WARMING UP!!


masa awal-awal melukis,asal ada 3 perkara tentu sahaja boleh hasilkan lukisan iaitu pensel 2B,pemadam,dan kertas kosong.

Dalam kesibukan ini,banyak idea datang bertimpa,namun walaupun ada pensel dan pemadam (yang dok kat buntut pensel) jua kertas kosong namun tak semestinya mampu menghasilkan lukisan.Idea men
curah-curah untuk menyalurkan semangat dan idea membina kekuatan umat ke dalam komik buat dibaca orang.Mahu menenggelamkan pengaruh komik lalai dan fantasi melampau yang buat kita pembaca komik bukan dekat dengan Allah dan perjuangan tapi semakin jauh malah berada dalam fantasi yang melupakan kita akan kesengsaraan saudara-saudara kita yang diganasi musuh.

komik dakwah adalah senjata yang paling ampuh untuk memusnahkan pengaruh fantasi yang disuap oleh negara-negara Barat (terutama US dengan superhero2 mereka) mahupun Timur(terutama Jepun dengan manga dan animenya). Barat saban tahun bukan setakat komik-komik mereka diselit propaganda memandang keagungan barat malah watak-watak fantasi mereka disegar dan dibangkitkan berulang kali buat menyerang anak-anak muda islam dan seluruh manusia sejagat setiap generasi memandang mereka hero dan penyelamat.(contoh superman returns,batman begins dll).Jepun bersekutu dengan barat menadah keagungan barat mencipta watak-watak walaupun ada nilai semangat jatidiri bangsa jepun iaitu tidak mudah mengalah dan sanggup berkorban,namun mereka kekal membantu barat dengan meletakkan pengaruh barat wajar diterima sebagai gaya hidup baru jepun.(contoh hero anime mereka sering berambut kuning keemasan,oren,mahupun merah melambangkan simbol bangsa barat,seperti goku dalam bentuk super saiya,sakuragi hanamichi slam dunk,naruto,kurosaki ichigo bleach).

MFR STUDIO mengajak pelukis-pelukis komik muslim menjadikan bakat dan kemahiran mereka melukis komik buat merencanakan sebuah medan yang bukan sekadar dakwah dalam bentuk nasihat dan tarbiyah,namun sebagai medan berperang dengan unsur-unsur fantasi yang mengagungkan propaganda musuh-musuh islam.
komik dakwah generasi baru.komik dakwah gelombang baru. misinya lebih besar. skopnya lebih luas. nadanya lebih tegas. ini perjuangan jihad pelukis komik. menghancurkan pengaruh fantasi dan kelalaian yang dijaja musuh.

Jika Faisal Tehrani berjuang mengangkat sastera islam ke puncak untuk menenggelamkan karya popular yang picisan dan merugikan,MFR STUDIO menyeru pula supaya di kalangan kita kelompok pelukis komik mengangkat karya komik dakwah untuk menenggelamkan karya komik popular yang hampeh dengan menjual watak-watak comel,watak-watak ghairah,watak-watak fantasi melampau,watak-watak tiada isi dan manfaat dakwah,watak-watak yang hanya meneruskan agenda musuh samaada sedar atau tidak sedar.

HAPUSKAN IDEA KOMIK POPULAR,BANGKITKAN IDEA KOMIK DAKWAH.BIAR IA JADI SATU GELOMBANG,BIAR IA MENE
NGGELAMKAN PENGARUH MUSUH. PERANG KOMIK SUDAH BERMULA.
(untuk lihat full size bagi lukisan di atas,sila klik atas lukisan.)

MFR STUDIO RETURN?!!

MFR STUDIO BAKAL KEMBALI BERTAPAK KE DUNIA DAKWAH MELALUI SENI LUKISAN SEBELUM 2010??!!

BAGAIMANA JANJI DAN TEKAD YANG DAHULU??!!

ADAKAH KEADAAN BEGITU MENDESAK MFR STUDIO UNTUK KEMBALI??!!

APAKAH KESAN KE ATAS DUNIA KOMIK DAKWAH KOMERSIAL DAN UNDERGROUND??!!

-poyo ar gimik cam gini..mfr studio bukan hebat mane ponn..-