HERO BERSELIPAR


(klik pada imej untuk lihat saiz penuh)

tak sempat pakai kasut..panggilan jihad dah tiba.

lebih hebat dari kurosaki ichigo (bleach).. percayalah!

komik lama::CINTA KAMBING GURUN




















PROMO::KOMIK CINTA KAMBING GURUN 2



tulisan tak jelas..
"kambing,mengapa kau masih meragut rumput walaupun kau akan disembelih? andai aku tahu mengapa aku hidup walaupun aku tahu aku akan mati,aku tidak akan susah bertanya.."

KOMIK "INGIN SELAMATKAN PALESTIN"

assalamualaikum buat sesiapa yang sudi menjenguk studio buruk kelolaan pelukis amatur yang tak terer lukis ni.

projek terbaru saya ,komik "INGIN SELAMATKAN PALESTIN" pada asalnya telah pun siap dengan berjumlah 30 muka surat semuanya. Tetapi komik itu dilukis menggunakan pensel semata-mata. Maka kualitinya amat rendah dan huduh. Pada asalnya saya tidak kisah berkenaan dengan kualiti lukisan atau "kekemasan",kerana pada saya lukisan itu subjektif.

di kalangan kelompok pelukis tidak ada standard yang harus ditetapkan. Kerana pada asasnya lukisan adalah suatu jenis kreativiti. lukisan yang buruk bagaimanapun adalah tetap merupakan sebuah lukisan.

Walaupun begitu dalam komik ada beberapa asas kekuatan yang perlu ada untuk membuatkan komik itu kuat dan punya pengaruh.

1) watak yang boleh dicam.
2)jalan cerita yang punya mesej ke arah kebaikan.
3)originality.

watak-watak yang boleh dicam bukan sekadar boleh dicam,tetapi pembaca mampu untuk memahami sifat-sifat tertentu watak yang membezakannya dengan watak yang lain. komik yang kuat akan punya watak yang punya karakter yang kuat. sebuah komik yang kuat mampu membuatkan pembaca menjadi 'fan' bukan kepada satu watak sahaja tetapi watak-watak lain juga punya 'fan' tersendiri. sikap pembaca untuk jatuh hati kepada karakter watak komik tersebut adalah disebabkan watak karakter itu punya imej tersendiri.

jalan cerita yang kosong akan buat pembaca berasa komik itu tidak punya aura. akan tetapi sekiranya jalan cerita itu menyentuh soal-soal kehidupan,ia akan membuatkan komik itu mengikat peminat tersendiri. walaupun komik fantasi yang memenuhkan jalan cerita dengan aspek pertempuran yang melibatkan kuasa-kuasa sakti sering menjadi popular,atau komik cinta yang bermain dengan emosi,komik lawak yang membuat aksi menggelikan hati,komik seram,penyiasatan,mahupun ganas dan brutal sering punya peminat,namun kekuatan komik itu tidak berada dalam rencana dakwah. saya sama sekali menolak jalan cerita yang cuma memfokuskan aspek-aspek kosong dan mengabaikan nilai dan mesej ke arah kebaikan. kebanyakan pelukis manga jepun sering menyelitkan aspek-aspek nilai persahabatan, sikap tidak berputus asa, berani menentang kejahatan dan sebagainya ke dalam manga mereka sehingga membuatkan manga mereka menjadi kuat dengan peminat yang tersendiri.

pada teori asasnya, komik yang kuat perlu punya mesej tersendiri. Maka bagi kelompok pelukis komik dakwah tentu sekali mesej komik adalah dakwah islamiyah. Cuma yang membuatkan komik dakwah kurang menarik mungkin jalan ceritanya yang tidak mengikat pembaca dengan tumpuan dan penghayatan. Ini satu cabaran untuk pelukis komik merangka skrip yang mampu buat pembaca menghayati mesej tersirat dalam jalan cerita di samping mesej dakwah yang direct.

originality perlu untuk menjadikan komik itu punya kekuatan tersendiri. Dahulu saya sering melihat komik-komik dakwah cuba untuk menukar karakter dari komik fantasi (bukan dakwah) ke dalam komik mereka,contohnya superman yang ditukar menjadi super sufi dan sebagainya. melihat kepada usaha ini, kekuatan komik itu tetap ada,kerana komik dakwah tidak bergantung kepada watak semata-mata tetapi mesej yang dipentingkan. cuma watak saduran amat membimbangkan jika pembaca tidak dapat dibawa lari dari konsep komik fantasi.

sebenarnya perbincangan strategi komik amat luas dan tidak mencakupi hal-hal yang disebut di atas sahaja. komik bukan punya satu genre.

sebagai seorang pelukis komik amatur yang berusaha memperbaiki keupayaan diri,maka komik "INGIN SELAMATKAN PALESTIN" yang lahir dari inspirasi cerpen "Ingin Jadi Nasrallah" oleh Faisal Tehrani, telah saya ulanglukis menggunakan perisian komik. walaupun menggunakan perisian bermaksud saya perlu melukis menggunakan tetikus komputer,tetapi jika hasilnya lebih dikatakan kemas dari melukis cara biasa menggunakan pensel,maka saya akan mengubah kesemua 30 mukasurat komik itu menggunakan cara perisian.

sehingga tulisan ini ditaip,saya telah berjaya menyiapkan 4 page,dan tinggal 26 page lagi. Buat sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan komik ini, anda boleh ke http://alwancomics.com/forum/portal.php dan mendaftar di sana jika tidak pernah menjadi ahli, dan komik ini ada di ruang komik di dalam list forum.

saya uploadkan page 3 untuk anda. ini hanya sedutan komik yang saya tengah usahakan ini.

komik sajak-1

(klik pada gambar untuk lihat saiz penuh)

conteng 5

nikmatilah contengan2 ini sebelum komik terbaru diupload.