Merealisasi KOMIK MFR

(untuk paparan jelas dengan klik atas gambar)

saya sedang berkira-kira untuk mengumpulkan komik-komik yang dirancang dalam satu majalah komik yang dinamakan komik MFR.


senarai komik yang dirancang ada dalam poster MFR kembali melukis sebelum ini.

Jika semua komik yang dirancang akan mula dilukis pada cuti semester Februari ini, maka mungkinkah majalah komik MFR akan terbit secara percuma di laman web komik islam yang bakal muncul nanti pada bulan Mac? atau April?

Oh,ya.. nanti akan muncul sebuah laman komik islam baru kelolaan DEE @ ART yang akan menggabungkan karya saya dan Dee bagi menggegarkan dunia komik dakwah di ruang internet yang sekarang ini amat sedikit jumlahnya.

Mungkin setakat yang saya tahu laman komik islam yang ada di ruang internet berbahasa melayu ada 3 sahaja, iaitu alwancomics kelolaan wanzu, iKomik kelolaan kamal san, dakwah.info komik kelolaan siapa ntah, oh yer.. amar kun juga sudah terbit komik dakwah di paksi.net. Jadi jumlahnya empat. Dulu saya telah ada alhikmah comics, yang mengumpulkan karya saya sebelum saya
berhenti 'merajuk dari melukis' pada bulan Jun tahun lepas.

Tak sabar sebenarnya untuk merealisasikan komik MFR yang akan terbit bersama-sama dengan komik Cinta Kambing Gurun 2 , Komik R.E.D.H.A episod 1 , Ingin Selamatkan Palestin (ISP),komik Ibn Battuta dan beberapa komik lagi. Semuanya sudah dilukis secara kasar, cuma menunggu masa untuk dilukis secara agresif lagi. Saya juga baru mula untuk menggodek-godek rahsia software yang saya beli tahun lepas iaitu comic studio. sebab gatal sangat nak beli software jepun mengakibatkan saya lambat untuk menguasai rahsia-rahsianya.

Untuk komik MFR nanti, saya masih belum dapat rentak teknik lukisan,font,garisan dan dialog box jenis macam mana untuk digunakan sebagai identiti MFR STUDIO. cari dan terus mencari.

laman komik dakwah di ruang internet:

1) alwancomics -KLIK

2) iKomik- KLIK

3) komik dakwah.info - KLIK

4) komik Paksi.net- KLIK

jika ada yang berjumpa dengan laman lain, boleh maklumkan di ruang komen, saya pun ingin tahu jika ada lagi. boleh dipromosikan bagi menyahut renassaince hikmah.

baca : RENASSAINCE HIKMAH ISLAM


sampan



tak perlu melawan arus
tak perlu mengikut arus
aku teguh, menanti pelayaran yang mencabar