Komik Cerita Pasal Kawan #1


klik atas imej untuk saiz besar

Komik cerita pasal kawan ini adalah siri-siri nasihat yang pedas terkena batang hidung saya sendiri yang akan dimasukkan dalam Ar Risalah edisi khas daie nanti. Kalau di Pahang ini, saya sering dengar kata ganti diri pertama digunakan adalah "kawan", iaitu bagi memberi erti "saya" atau "aku". Ini hampir sama dengan orang Kelantan gunakan "kawe" atau orang Perak yang gunakan "teman". Cerita pasal kawan adalah cerita untuk diri saya sendiri supaya saya boleh memuhasabah diri selalu. Ini bagi meluaskan lagi fungsi komik untuk merakamkan nasihat-nasihat yang "terkesan" (pedas) di hati sendiri.

Bola atau Dakwah?

klik imej untuk saiz besar

Main bola kita nak menang dan kalahkan saudara kita. Tapi dakwah kita nak menang dan menangkan saudara kita. Itulah orang-orang yang menang.

Komik Bangku Man Preview

Asalnya komik "Bangku Man" ini adalah komik sketch di Pergh.com yang ada dalam entri lepas. Saya terfikir, bagus juga kalau lukis elok-elok komik ini dengan flow cerita yang mendatar dan klimaks di endingnya. Oleh itu, selepas lukis sketch yang ke-8, saya flash back kembali ke permulaan cerita.

Ya, jalan cerita yang biasa dalam kebanyakan "komik drama" saya, berkenaan dengan kemiskinan, pengorbanan mak ayah, cita-cita dan cabaran hidup. Ini 4 mukasurat pertama.

(klik gambar untuk saiz besar)










Kemudian, bla-bla-bla si Aiman itu akan membesar, kemudian bawa "Bangku" nya ke ibukota dan memulakan pekerjaan sebagai pelukis komik. Sehinggalah nanti dia akan bertemu dengan seseorang yang menceritakan padanya akan hadis-hadis sahih berkenaan dengan larangan menjadi pelukis, dan haramnya melukis makhluk bernyawa.

Dan seseorang yang lain pula memperkenalkannya berkenaan "Komik Dakwah". Di situ si Aiman akan berkonflik mencari erti sebenar "Komik", erti sebenar "Dakwah" dan erti sebenar "Komik Dakwah".

Dan bla-bla-bla saya akan lukis semula muka surat-muka surat perbualan si Aiman dan kawan baiknya Zack dan seterusnya membawa kepada page di bawah, iaitu sketch ke-8 di Pergh.com:




Kemudian bla-bla-bla-bla, akhirnya si Aiman duduk atas "Bangkunya" dan beri sedikit "bayan" berkenaan dengan kesimpulan dari pencarian dan usaha dakwahnya itu.Habis.

Saya berhasrat untuk colorkan semua page nanti, dan masukkan komik ini sebagai salah satu komik drama dalam Ar Risalah edisi khas daie.

Itu saja previewnya.

Komik Buku #1

Ini antara siri komik 4 petak yang saya rancang untuk masukkan dalam Ar-Risalah edisi khas daie. Cabaran komik 4 petak adalah dalam memberi mesej ringkas yang membawa pada fikir yang besar. Komik boleh menjadi rekod fikir untuk umat sepertimana karya-karya bertulis yang lain seperti kitab-kitab ilmiah, novel, cerpen, puisi dan lain-lain yang mampu berterusan memberi impak pada tamadun manusia beratus-ratus tahun walaupun pengkarya sudah tiada lagi di dunia.

Satu hari "MFR" itu juga akan tiada di dunia, namun moga "fikir" yang saya tinggalkan dalam komik yang saya lukis boleh membina tamadun manusia kepada Allah dan bukannya menghancurkan manusia atau menjauhkan dari Allah. Moga prinsip sama boleh difikirkan oleh pengkarya genre lain. Apa yang penting, komik saya mestilah gratis 200%.


klik gambar untuk imej besar

Antara komik 4 petak lain yang baik untuk dibaca, adalah dari karya Freshie dan Eyna-chan. Boleh rujuk list 1000 komik dakwah di sini: http://rindu.org/?page_id=93

Sketch Komik oleh MFR

Aku daftar di Pergh.com pada tahun 2007. Itupun aku kenal pasal Pergh.com masa Wanzu alwancomics salah faham dengan aku, dia sangkakan aku adalah forumer yang pernah mengkacau bilaukan pergh.com. aku lupa namanya apa. Padahal aku langsung tak pernah tahu wujudnya pergh.com. Aku search nama Wanzu sebut tu, dan menjumpai nama itu hanya di Pergh.com.

Ok, Pergh.com ni memang tempat berkumpul para designer dan artist yang hebat belaka , dan yang lebih membanggakan, kebanyakan mereka adalah orang Islam Malaysia! Aku terfikir apalah sebabnya dieorang ni tak gunakan kelebihan dieorang untuk lukis komik dakwah. Rupanya sama saja dengan isu Filem Islamik, tak ada idea untuk mula.

Sempena Maal Hijrah ni aku pun bukalah satu thread untuk sketch di sana, lepas tu jadilah satu komik yang sangat melawan arus, bukan saja isinya, malah gaya lukisan yang berubah-ubah setiap page. Kira mengabaikan pentingnya stroke dan mengutamakan penceritaan, maka siaplah komik sketch ini. Kalau rajin, boleh sambung jadi komik tebal macam komik Bakuman-Kisah remaja nak jadi pelukis komik.


klik gambar untuk imej besar.










Komik Lama: Kubur lain-lain

klik gambar untuk saiz besar

komik ini pernah dihantar untuk risalah kolej-12 UM pada tahun 2006, tapi budak Aspirasi reject. Seterusnya ditepek saja di forum IPIJ.info, lagipun dari situ juga idea komik ini diambil. Oh tak sangka masih aktif di tinypic.com, jadi bolehlah diselamatkan.

Komik Sedekah Bonus




Klik gambar untuk saiz besar


Biasalah orang busy, komik pun cincailah..flat je bak kata Dee. Pengajarannya, janganlah meminta-minta bonus, tapi meminta-mintalah pada Allah, kekuatan untuk berjuang.

Siri Komik Islam dan Iman ini boleh juga dibaca di Flickr: http://www.flickr.com/photos/56316516@N06/




1000 KOMIK DAKWAH DI RINDU.ORG


saya sedang kumpul 1000 komik dakwah dari serata internet ke RINDU.ORG sebelum Ogos 2011.

jika tak cukup 1000 yang sedia ada, maka saya akan tambah.

saya tambah dengan menaikkan semangat para pelukis muslim melukis lebih banyak komik dakwah berbanding komik mengarut.

jika masih tak cukup, saya sendiri akan cukupkan.

ini cabaran. ini juga suatu dakwah buat para pelukis, dan peminat lukisan.

saya mahu semua orang sedar dakwah itu penting, kerana dakwah itu WAJIB.

Komik Cincai Lama: Puasa Memang Lapar

klik gambar untuk saiz penuh

Berat Puasa

klik gambar untuk saiz penuh

Tempe

klik atas gambar untuk saiz penuh

p/s: sedapnya tempe, sakitnya temper

Conteng 8













dilukis di papan conteng Rusydee Artz

Komik Akidah #1: Sampai seru?

klik atas gambar untuk saiz besar

Baca lanjut mengenai sejarah akidah Jabariah oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang: KLIK

Balik


aku dah tak ada perasaan pada Jepun. aku nak balik Malaysia.

Ar-Risalah


Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Idea pada 31 Januari lepas berjaya direalisasikan pada hari ini (8 Februari).Hadiah untuk diri aku, untuk yang tersayang, dan seluruh muslimin muslimat di Toyama khususnya.

Walaupun jam sudah menunjukkan 2 pagi 9 Februari, tapi aku masih lagi memprint risalah ini sebanyak 45 salinan untuk disebar ke seluruh peti surat rumah-rumah pelajar Malaysia di Toyama. Mungkin subuh nanti baru berjaya sebarkan.

Tapi sebab mengupload dan mempublish di internet dan blog lebih pantas, maka aku pun upload dululah untuk tontonan diri aku sendiri. Risalah ini risalah eksklusif untuk pelajar Malaysia di Toyama,Jepun sahaja. Jadi adalah sangat tidak bijak, anda mencetaknya untuk kegunaan surau anda. Kalau nak dijadikan contoh atau inspirasi bagi aktiviti surau anda, dipersilakan. Moga semua generasi muda dapat semangat apabila tertengok risalah ini di sini.

p/s: memang lukisan risalah ini separuhnya dilukis secara cincai untuk lebih pantas siap. mesej yang utama bukan lukisan.

scroll lebih mudah dengan dekatkan kursor di bawah page, akan keluar butang ke bawah.

AR-RISALAH
Baca Fullscreen: klik
Download versi PDF: http://www.mediafire.com/?wz0xlygyhiz
Download versi Doc (print kertas B5):http://www.mediafire.com/?qmtmlnyk3cq

Nyaman

aku nyaman berpegang pada pendirian dan prinsip.

aku rela dipenjara kerana memelihara agama.

aku rela dihumban kerana memelihara maruah.

aku rela dipancung kerana memelihara batas.



kerana aku tidak perfect, maka aku kena berusaha dua kali lipat berbanding orang lain, aku kena tegas dua kali lipat, aku kena garang dua kali lipat berlipat, bukan untuk kamu, tapi untuk aku sendiri.

Komik Salam Yang Mulia

seorang muslim lebih mulia dari seluruh kafir.

apabila tidak ada lagi orang yang mengucapkan kalimah la ilaha illallah, maka Allah akan hancurkan dunia ini.

"memandang mulia semua orang" tanpa mengira muslim atau bukan muslim merupakan jarum suntikan pluralisme agama (menyamakan agama) , padahal islam itu tinggi dan tak ada tinggi lebih darinya.

saya cuba membetulkan konsep yang disampaikan oleh sebuah komik di iluvislam itu dengan komik di bawah: