Komik Bangku Man Preview

Asalnya komik "Bangku Man" ini adalah komik sketch di Pergh.com yang ada dalam entri lepas. Saya terfikir, bagus juga kalau lukis elok-elok komik ini dengan flow cerita yang mendatar dan klimaks di endingnya. Oleh itu, selepas lukis sketch yang ke-8, saya flash back kembali ke permulaan cerita.

Ya, jalan cerita yang biasa dalam kebanyakan "komik drama" saya, berkenaan dengan kemiskinan, pengorbanan mak ayah, cita-cita dan cabaran hidup. Ini 4 mukasurat pertama.

(klik gambar untuk saiz besar)










Kemudian, bla-bla-bla si Aiman itu akan membesar, kemudian bawa "Bangku" nya ke ibukota dan memulakan pekerjaan sebagai pelukis komik. Sehinggalah nanti dia akan bertemu dengan seseorang yang menceritakan padanya akan hadis-hadis sahih berkenaan dengan larangan menjadi pelukis, dan haramnya melukis makhluk bernyawa.

Dan seseorang yang lain pula memperkenalkannya berkenaan "Komik Dakwah". Di situ si Aiman akan berkonflik mencari erti sebenar "Komik", erti sebenar "Dakwah" dan erti sebenar "Komik Dakwah".

Dan bla-bla-bla saya akan lukis semula muka surat-muka surat perbualan si Aiman dan kawan baiknya Zack dan seterusnya membawa kepada page di bawah, iaitu sketch ke-8 di Pergh.com:




Kemudian bla-bla-bla-bla, akhirnya si Aiman duduk atas "Bangkunya" dan beri sedikit "bayan" berkenaan dengan kesimpulan dari pencarian dan usaha dakwahnya itu.Habis.

Saya berhasrat untuk colorkan semua page nanti, dan masukkan komik ini sebagai salah satu komik drama dalam Ar Risalah edisi khas daie.

Itu saja previewnya.