Komik Buku #1

Ini antara siri komik 4 petak yang saya rancang untuk masukkan dalam Ar-Risalah edisi khas daie. Cabaran komik 4 petak adalah dalam memberi mesej ringkas yang membawa pada fikir yang besar. Komik boleh menjadi rekod fikir untuk umat sepertimana karya-karya bertulis yang lain seperti kitab-kitab ilmiah, novel, cerpen, puisi dan lain-lain yang mampu berterusan memberi impak pada tamadun manusia beratus-ratus tahun walaupun pengkarya sudah tiada lagi di dunia.

Satu hari "MFR" itu juga akan tiada di dunia, namun moga "fikir" yang saya tinggalkan dalam komik yang saya lukis boleh membina tamadun manusia kepada Allah dan bukannya menghancurkan manusia atau menjauhkan dari Allah. Moga prinsip sama boleh difikirkan oleh pengkarya genre lain. Apa yang penting, komik saya mestilah gratis 200%.


klik gambar untuk imej besar

Antara komik 4 petak lain yang baik untuk dibaca, adalah dari karya Freshie dan Eyna-chan. Boleh rujuk list 1000 komik dakwah di sini: http://rindu.org/?page_id=93