Sketch Komik oleh MFR

Aku daftar di Pergh.com pada tahun 2007. Itupun aku kenal pasal Pergh.com masa Wanzu alwancomics salah faham dengan aku, dia sangkakan aku adalah forumer yang pernah mengkacau bilaukan pergh.com. aku lupa namanya apa. Padahal aku langsung tak pernah tahu wujudnya pergh.com. Aku search nama Wanzu sebut tu, dan menjumpai nama itu hanya di Pergh.com.

Ok, Pergh.com ni memang tempat berkumpul para designer dan artist yang hebat belaka , dan yang lebih membanggakan, kebanyakan mereka adalah orang Islam Malaysia! Aku terfikir apalah sebabnya dieorang ni tak gunakan kelebihan dieorang untuk lukis komik dakwah. Rupanya sama saja dengan isu Filem Islamik, tak ada idea untuk mula.

Sempena Maal Hijrah ni aku pun bukalah satu thread untuk sketch di sana, lepas tu jadilah satu komik yang sangat melawan arus, bukan saja isinya, malah gaya lukisan yang berubah-ubah setiap page. Kira mengabaikan pentingnya stroke dan mengutamakan penceritaan, maka siaplah komik sketch ini. Kalau rajin, boleh sambung jadi komik tebal macam komik Bakuman-Kisah remaja nak jadi pelukis komik.


klik gambar untuk imej besar.










3 comments:

queen said...

very nice.
got the massage.

Anonymous said...

subhanaAllah..

-perantau

Arif said...

Subhanallah....sangat mendalam...