Oekaki Rusydee Artz Kembali di Rindu.Org!

Alhamdulillah, nampaknya Dee sudi membangunkan semula Rindu.Org nya dengan diisi oleh Oekaki Rusydee Artz!

Ini membuka semangat buat beberapa pelukis yang merindui Rindu.Org dan Oekaki Dee. Tahniah buat Dee.

Saya juga akan terus bersemangat dengan usaha saya dan jalan saya tentunya jalan-jalan yang "free" seperti blog dan forum free ini. Sebab tentunya perjuangan gratis akan melalui jalan-jalan gratis saja.

Ini lukisan pertama saya di oekaki Dee yang terkini ini:


Selamat menyertai beramai-ramai Oekaki Rusydee Artz dan melukis online pada waktu real time secara semangat! http://www.rindu.org/

Forum Komik Dakwah dilancarkan!

Lama tak berforum untuk lukis-lukis dakwah lepas alwancomics dan rindu.org, maka...

Forum Komik Dakwah dilancarkan!

(guna free forum phpbb3 je. tpi bagus, sebab tak ada iklan mengacau macam forum free lain)




Kebebasan berforum untuk menjana idea lukis-lukis dakwah sambil menyiapkan kerja sekolah untuk adik-adik yang asyik berinternet saja tu. Membina silaturahim antara pencinta lukisan dakwah! Meh abang kakak bantu adik-adik siapkan kerja sekolah tu nanti senanglah nak melukis-lukis dengan tenang.

Bersemangatlah!


haha... idea dah banyak, sekarang yang diperlukan adalah semangat yang lebih banyak. yoshhhh!

Karya Nasihat Buat Orang Politik Malaysia 2012


Projek komik menjelang tahun 2012. Nasihat Buat Orang Politik Malaysia 2012. Apakah nasihat-nasihat berguna dari kita rakyat biasa untuk orang politik Malaysia yang boleh kita muatkan dalam komik ini? InshaAllah jika siap karya ini akan dihantar pada semua pemimpin parti-parti politik khususnya parti orang Islam.

Kebangkitan Komik Dakwah oleh Anak Muda



Saya mengucapkan syabas pada anak-anak muda yang sudah semakin ramai berdakwah dengan komik. Malah saya kagum dengan pengisian mereka. Saya berdoa moga mereka terus dilimpahkan rasa cinta pada dakwah hingga mereka beraksi berdakwah di dunia realiti yang lebih mencabar.

Anak-anak muda ini malah mencipta medan sendiri dengan mengurus dan memimpin medan itu.

Saya yang sudah semakin dimamah usia ini cukup rindu dengan semangat dan kekuatan itu. Namun mungkin kerana faktor usia yang semakin tua kerepot ini dan sering nyanyuk mudah sangat melakukan kesilapan demi kesilapan dan dosa, banyak projek dan idea komik saya tergendala dan tertangguh.

Namun saya optimis, jika Allah masih mengurniakan umur buat saya, saya mahu siapkan projek komik Ar Risalah yang padat dengan komik dakwah dengan 100 muka surat. Sekurang-kurangnya, jika saya sudah mati, ada sesuatu yang saya tinggalkan buat generasi akan datang untuk kembali bangkit berdakwah di dunia masa depan yang lebih mencabar. Dakwah Islam tak pernah ketinggalan zaman, manusia akan terus mencintai dan mahukan dakwah.Lukisan tak cantik, bukanlah faktor penting sangat.

Mula: Komik Cinta Tahajjud



Masih belum berada dalam zon melukis, sebab kursus belum selesai. Tapi tak sabar nak lukis komik "one shot" pendek dedikasi buat sahabat aku, Dee. Yelah, memang banyak komik terbengkalai lagi, tapi yang ini memang best punya skrip. Best buat diri sendirilah. Seorang komikus (mangaka) yang sejati adalah mereka yang melukis cerita yang diri sendiri rasa best dan tak sabar-sabar nak baca sendiri.

BLOG KOMIK MFR STUDIO


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga mengumpul semula semua komik-komik karya saya yang pernah publish online dulu-dulu ke dalam sebuah blog komik. Lama dah nak buat. Susah juga nak susun set-set dan kategori komik, tapi ini lebih baik dari berterabur di merata-rata link. Harap-harap Google tak hapuskan blogger.com, sebab dah banyak harta karun karya simpan dalam blogger.com ini. Lepas ni, nak update komik pun dah lebih senang dan tersusun. Walaupun karya saya tak berapa berkualiti, tapi bila dah susun macam ni nampak menarik juga blog komik ini. Memang belum ada yang susun komik style macam ni.

Komik 4 Petak: Nak jadi hero?

klik gambar untuk saiz besar

"Didiklah anak-anak kita memandang tinggi kerja dakwah"

Ini komik 4 petak untuk Ar-Risalah: Edisi khas untuk daie. Komik yang bertajuk lebih kurang sama dan bermesej lebih kurang sama pernah dilukis oleh Freshie lama dahulu bertajuk Hero!. Lebih kurang sama, tapi tak sama.

Komik ADAB #12 : Berwangian bagi perempuan

klik atas gambar untuk saiz besar

1000 KOMIK DAKWAH DI KOMIKDAKWAH.BLOGSPOT.COM



saya sedang kumpul 1000 komik dakwah dari serata internet ke KOMIK DAKWAH ONLINE. Ia usaha sambungan dari usaha lepas di Rindu.Org

jika tak cukup 1000 yang sedia ada, maka saya akan tambah.

saya tambah dengan menaikkan semangat para pelukis muslim melukis lebih banyak komik dakwah berbanding komik mengarut. saya tambah supaya saya juga bersemangat.

jika masih tak cukup, saya sendiri akan cukupkan.

ini cabaran. ini juga suatu dakwah buat para pelukis, dan peminat lukisan.

ini bukan satu usaha yang bertuan. sesiapa pun boleh buat cabaran yang sama, boleh mengumpul sepertimana sudah terkumpul komik dakwah dari pihak-pihak sebelum ini seperti alwancomics.com, dakwah.info, ibrahzine.com, alfityan, freewebcomic.com, iluvislam.com dan lain-lain.

ini cabaran. ini cabaran yang bermotif. saya ingin sekali lagi membersamakan usaha komik dakwah ini dengan lebih luas meliputi seluruh pelukis online khususnya warga Muslim Malaysia di alam maya ini. saya mahu membersamakan kita. saya mahu semua orang sedar dakwah itu penting, kerana dakwah itu WAJIB.

Revolusi boleh berlaku di alam realiti dengan bermula di alam maya. Revolusi boleh juga berlaku di alam nyata dengan bermula di alam fantasi (komik). Tiada siapa dapat menafikannya.

BACK UP SENARAI 1000 KOMIK DAKWAH



Saya dah bina sebuah blog seperti di atas untuk back up senarai cabaran 1000 komik dakwah di Rindu.org. Domain Rindu.org tiba-tiba expired tanpa disedari. Dee kata dia akan urus semua dan saya perlu rilek saja. Saya dah tak ada perasaan pada Rindu.org yang mati tiba-tiba tanpa disedari. Kata sampai ogos, tapi domain mati dulu bulan februari. Komik-komik dalam senarai akan dibackup masuk ke blog jika ada kelapangan. Setakat ini semua link komik masih sama seperti di Rindu termasuk link melibatkan domain Rindu.

UPDATED 15 FEB 2011:
Saya baru terbaca tulisan Dee dalam Iluvislam seperti berikut:
"Untuk makluman semua, Rindu.org has been discontinued, dan dipindahkan ke :
http://komikdakwah.blogspot.com/
jadi sesiapa berminat nak listing komik masing2 boleh submit di sana. Terima kasih."

Oleh itu, saya menarik semula kenyataan bahawa semua link komik masih sama seperti di Rindu termasuk melibatkan domain Rindu. Mungkin Dee buat keputusan tidak mahu meneruskan Rindu juga (discontinued-seperti yang dibahasakannya) setelah saya tidak ada perasaan lagi pada Rindu.org (walaupun dalam komen di bawah, beliau nyatakan domain sedang diperbaharui). Jadi disebabkan, saya dan Dee kedua-duanya tak mahu meneruskan Rindu.org, maka secara rasminya Rindu.org mati. Jadi, saya akan cuba tukarkan link yang melibatkan domain Rindu kepada link lain, jika saya ada simpanan komik-komik itu. Dan jika tiada, maka komik yang melibatkan domain Rindu.org sahaja akan dihapuskan dari list, dan angka terkumpul komik akan diupdate. Buat masa ini, kerja-kerja itu semua saya tangguh sebentar dan buat ikut peringkat-peringkat, berikutan tak cukup masa dan kekuatan.

Alhamdulillah, back up senarai 1000 komik menyelamatkan sedikit usaha saya yang telah edit list pada Jumaat lepas, sehari sebelum domain Rindu tiba-tiba mati tanpa saya sedari dan tak tahu menahu. Bagi saya secara peribadi, saya hanya mahu Rindu.org ada alasan hidup, maka saya usahakan projek mengumpul list komik dakwah ini. Bagi membuka mata sesetengah pihak yang merasakan komik dakwah bukanlah genre yang patut ditukar , dan mereka mahu bergelumang juga dengan komik fantasi dan sia-sia yang hanya mengikut rentak anasir-anasir kafirun dalam komik yang mempengaruhi umat manusia dewasa ini. Genre dakwah bukanlah matlamat saya, tapi hanya mahu membawa fikir bahawa dakwah adalah penting walaupun kau hanya seorang pelukis yang melukis.

Ini projek perang fikir saya buat pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan usaha kafirun dan musuh-musuh islam di luar sana yang mahu menanamkan fikir yang tak baik untuk umat dalam fantasi genre komik. Semoga matinya Rindu.org akan buat saya lebih bertanggungjawab dengan projek yang saya mulakan. Jangan mulakan projek dengan meletakkan kekuatannya di tangan orang yang tidak diketahui atau tidak dipastikan (dalam kes Rindu, pihak itu adalah domain yang saya tak tahu akan mati tiba-tiba sehari selepas saya usaha keras memenuhi cadangan membaikpulih list 1000 komik). Dengan membina blog sendiri untuk 1000 komik, saya akan menguasai projek ini dengan tanggungjawab hampir 98%. 2% lagi di pihak Google supaya maintainkan kekuatan blogger.com untuk hidup dan tak mati tiba-tiba.

Menyenaraikan 1000 komik hanya satu tangga dari beribu-ribu tangga untuk saya langkah bagi mengubah fikir seterusnya melakukan revolusi mengejut dalam tamadun manusia. Memang cakap kencang, sebab tak cakap macam ni, kita langsung tak terjentik untuk lakukan apa-apa usaha.

Sekian.

UPDATE 17 FEB 2011:

rupanya rindu.org tak tutup lagi. domainnya dh disambung oleh dee. jd saya tarik balik kenyataan yg kata rindu.org tutup selamanya.

disebabkan info yg saya bg asyik bertukar-tukar, maka saya melepaskan diri dari bercakap mengenai info rindu.org. sebarang maklumat boleh tanya di rindu.org atau pada dee.