Kebangkitan Komik Dakwah oleh Anak Muda



Saya mengucapkan syabas pada anak-anak muda yang sudah semakin ramai berdakwah dengan komik. Malah saya kagum dengan pengisian mereka. Saya berdoa moga mereka terus dilimpahkan rasa cinta pada dakwah hingga mereka beraksi berdakwah di dunia realiti yang lebih mencabar.

Anak-anak muda ini malah mencipta medan sendiri dengan mengurus dan memimpin medan itu.

Saya yang sudah semakin dimamah usia ini cukup rindu dengan semangat dan kekuatan itu. Namun mungkin kerana faktor usia yang semakin tua kerepot ini dan sering nyanyuk mudah sangat melakukan kesilapan demi kesilapan dan dosa, banyak projek dan idea komik saya tergendala dan tertangguh.

Namun saya optimis, jika Allah masih mengurniakan umur buat saya, saya mahu siapkan projek komik Ar Risalah yang padat dengan komik dakwah dengan 100 muka surat. Sekurang-kurangnya, jika saya sudah mati, ada sesuatu yang saya tinggalkan buat generasi akan datang untuk kembali bangkit berdakwah di dunia masa depan yang lebih mencabar. Dakwah Islam tak pernah ketinggalan zaman, manusia akan terus mencintai dan mahukan dakwah.Lukisan tak cantik, bukanlah faktor penting sangat.

3 comments:

Ruqaiyah Hmy said...

subhanallah..insya Allah, agama Allah tetap terpelihara..tetap akan ada orang yang menyambung dakwah ini..insya Allah...bukan kita memulakan, dan bukan kita mengakhiri, tetpai kita adalah penyambung kerja2 dakwah terdahulu..insya Allah..semoga kitalah orang yang terpilih untuk menyambung kerja dakwah itu..insya Allah...

.::: mr IQ :::. said...

teruskan perjuangan... takbir!!

atiqah azmi said...

semoga dipermudahkan gerak kerja oleh Nya. sy bharap bpeluang utk mbaca 100 m/s ar-risalah nnt. teruskn usaha :)