1000 KOMIK DAKWAH DI KOMIKDAKWAH.BLOGSPOT.COM



saya sedang kumpul 1000 komik dakwah dari serata internet ke KOMIK DAKWAH ONLINE. Ia usaha sambungan dari usaha lepas di Rindu.Org

jika tak cukup 1000 yang sedia ada, maka saya akan tambah.

saya tambah dengan menaikkan semangat para pelukis muslim melukis lebih banyak komik dakwah berbanding komik mengarut. saya tambah supaya saya juga bersemangat.

jika masih tak cukup, saya sendiri akan cukupkan.

ini cabaran. ini juga suatu dakwah buat para pelukis, dan peminat lukisan.

ini bukan satu usaha yang bertuan. sesiapa pun boleh buat cabaran yang sama, boleh mengumpul sepertimana sudah terkumpul komik dakwah dari pihak-pihak sebelum ini seperti alwancomics.com, dakwah.info, ibrahzine.com, alfityan, freewebcomic.com, iluvislam.com dan lain-lain.

ini cabaran. ini cabaran yang bermotif. saya ingin sekali lagi membersamakan usaha komik dakwah ini dengan lebih luas meliputi seluruh pelukis online khususnya warga Muslim Malaysia di alam maya ini. saya mahu membersamakan kita. saya mahu semua orang sedar dakwah itu penting, kerana dakwah itu WAJIB.

Revolusi boleh berlaku di alam realiti dengan bermula di alam maya. Revolusi boleh juga berlaku di alam nyata dengan bermula di alam fantasi (komik). Tiada siapa dapat menafikannya.

BACK UP SENARAI 1000 KOMIK DAKWAH



Saya dah bina sebuah blog seperti di atas untuk back up senarai cabaran 1000 komik dakwah di Rindu.org. Domain Rindu.org tiba-tiba expired tanpa disedari. Dee kata dia akan urus semua dan saya perlu rilek saja. Saya dah tak ada perasaan pada Rindu.org yang mati tiba-tiba tanpa disedari. Kata sampai ogos, tapi domain mati dulu bulan februari. Komik-komik dalam senarai akan dibackup masuk ke blog jika ada kelapangan. Setakat ini semua link komik masih sama seperti di Rindu termasuk link melibatkan domain Rindu.

UPDATED 15 FEB 2011:
Saya baru terbaca tulisan Dee dalam Iluvislam seperti berikut:
"Untuk makluman semua, Rindu.org has been discontinued, dan dipindahkan ke :
http://komikdakwah.blogspot.com/
jadi sesiapa berminat nak listing komik masing2 boleh submit di sana. Terima kasih."

Oleh itu, saya menarik semula kenyataan bahawa semua link komik masih sama seperti di Rindu termasuk melibatkan domain Rindu. Mungkin Dee buat keputusan tidak mahu meneruskan Rindu juga (discontinued-seperti yang dibahasakannya) setelah saya tidak ada perasaan lagi pada Rindu.org (walaupun dalam komen di bawah, beliau nyatakan domain sedang diperbaharui). Jadi disebabkan, saya dan Dee kedua-duanya tak mahu meneruskan Rindu.org, maka secara rasminya Rindu.org mati. Jadi, saya akan cuba tukarkan link yang melibatkan domain Rindu kepada link lain, jika saya ada simpanan komik-komik itu. Dan jika tiada, maka komik yang melibatkan domain Rindu.org sahaja akan dihapuskan dari list, dan angka terkumpul komik akan diupdate. Buat masa ini, kerja-kerja itu semua saya tangguh sebentar dan buat ikut peringkat-peringkat, berikutan tak cukup masa dan kekuatan.

Alhamdulillah, back up senarai 1000 komik menyelamatkan sedikit usaha saya yang telah edit list pada Jumaat lepas, sehari sebelum domain Rindu tiba-tiba mati tanpa saya sedari dan tak tahu menahu. Bagi saya secara peribadi, saya hanya mahu Rindu.org ada alasan hidup, maka saya usahakan projek mengumpul list komik dakwah ini. Bagi membuka mata sesetengah pihak yang merasakan komik dakwah bukanlah genre yang patut ditukar , dan mereka mahu bergelumang juga dengan komik fantasi dan sia-sia yang hanya mengikut rentak anasir-anasir kafirun dalam komik yang mempengaruhi umat manusia dewasa ini. Genre dakwah bukanlah matlamat saya, tapi hanya mahu membawa fikir bahawa dakwah adalah penting walaupun kau hanya seorang pelukis yang melukis.

Ini projek perang fikir saya buat pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan usaha kafirun dan musuh-musuh islam di luar sana yang mahu menanamkan fikir yang tak baik untuk umat dalam fantasi genre komik. Semoga matinya Rindu.org akan buat saya lebih bertanggungjawab dengan projek yang saya mulakan. Jangan mulakan projek dengan meletakkan kekuatannya di tangan orang yang tidak diketahui atau tidak dipastikan (dalam kes Rindu, pihak itu adalah domain yang saya tak tahu akan mati tiba-tiba sehari selepas saya usaha keras memenuhi cadangan membaikpulih list 1000 komik). Dengan membina blog sendiri untuk 1000 komik, saya akan menguasai projek ini dengan tanggungjawab hampir 98%. 2% lagi di pihak Google supaya maintainkan kekuatan blogger.com untuk hidup dan tak mati tiba-tiba.

Menyenaraikan 1000 komik hanya satu tangga dari beribu-ribu tangga untuk saya langkah bagi mengubah fikir seterusnya melakukan revolusi mengejut dalam tamadun manusia. Memang cakap kencang, sebab tak cakap macam ni, kita langsung tak terjentik untuk lakukan apa-apa usaha.

Sekian.

UPDATE 17 FEB 2011:

rupanya rindu.org tak tutup lagi. domainnya dh disambung oleh dee. jd saya tarik balik kenyataan yg kata rindu.org tutup selamanya.

disebabkan info yg saya bg asyik bertukar-tukar, maka saya melepaskan diri dari bercakap mengenai info rindu.org. sebarang maklumat boleh tanya di rindu.org atau pada dee.