AZAM DAN TEKAD AKU SEBAGAI PELUKIS KOMIK DAKWAH PERCUMA!


Berikut adalah copy paste sepenuhnya dari blog Feeqry (Afiq & Nazry Salam pelukis Komik Misi 8A, Misi 10A, Misi 10A+)bertajuk "Revolusi"


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya yakin, ramai pelukis komik di luar sana memasang pelbagai cita-cita dan impian.
Ada yang mahu menjadi pelukis komik profesional ataupun sepenuh masa, ada yang mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap komik, dan tidak kurang juga, ada yang mahu mencipta revolusi dalam industri komik.

Saya dan Afiq memulakan karier dalam bidang komik dengan impian sedemikian rupa. Alhamdulillah, kini kami berjaya menerbitkan 6 buah novel grafik, dan insya-Allah, jumlah itu tidak akan berhenti di situ.
Tujuan saya menulis entri ini adalah bagi berkongsi pandangan yang tersintesis daripada pengalaman, pengetahuan, dan pengamatan sepanjang menjadi penulis komik.
Sekiranya mahu menjadi pelukis komik profesional, perlu terbitkan komik.
Sekiranya mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap komik, perlu terbitkan komik.
Tentu sekali, sekiranya mahu mencipta revolusi dalam industri komik tempatan, perlu terbitkan komik.

Penerbitan yang saya maksudkan adalah penerbitan komersil. Iaitu, komik diterbitkan dalam bentuk buku fizikal oleh syarikat penerbitan yang sah, dan komik itu diedarkan ke seluruh negara.

Penerbitan komik indie, amatur, percuma, dan seumpama dengannya, tidak akan mampu mengubah pandangan masyarakat terhadap komik, apatah lagi mencipta revolusi. Sumbangan komik-komik indie dalam industri komik tempatan adalah kurang signifikan berbanding komik-komik yang dicetak dan diedarkan oleh syarikat penerbitan. Ini satu hakikat yang memeritkan bagi sesetengah pekomik.
Bagi mereka yang menganggap melukis komik sebagai hobi pada masa lapang, dan mungkin kerjaya sambilan, penerbitan indie adalah medan yang sesuai.
Bagi mereka yang mahu menjadi pelukis komik sepenuh masa, mahu membawa perubahan, dan mahu mencipta revolusi dalam industri komik tempatan, penerbitan buku komik secara komersil adalah jalan yang perlu dilalui. Bukannya penerbitan di Facebook ataupun laman sosial lain.

Mereka yang mahu mencipta revolusi dalam industri komik, tetapi masih bergelumang dalam dunia penerbitan indie, tidak ubah seperti seorang askar yang hanya menyaksikan peperangan tanpa kemampuan menyertainya.
Mahu cipta revolusi komik? Mahu memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap medium komik? Mahu menaikkan taraf komik tempatan ke persada antarabangsa?
Satu sahaja caranya. Terbitkan komik!

Wassalam.


Dan ini komen saya pada tulisan di atas:

InshaAllah saya jadikan tulisan tuan sebagai cabaran agar saya buktikan penerbitan komik dakwah percuma yang saya hasilkan di internet akan mencapai revolusi bukan saja pandangan masyarakat terhadap komik, tapi lebih dari itu, revolusi idea yang diketengahkan oleh komik dakwah percuma untuk masyarakat revolusikan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan menuju sebuah tamadun yang mengangkat Islam setingginya!

Ini azam dan tekad saya hari ini yang menguatkan lagi azam dan tekad yang dahulu. Saya akan buktikan yang revolusi boleh berlaku oleh komik yang terbit percuma di laman sosial mahupun apa saja laman di internet.

yang benar,
saya, muhammad fakhrul razi a.k.a mfr studio
http://mfrstudio.blogspot.com/

Komik Menjelang S.P.M

"Menjelang S.P.M"
Sinopsis:
Sebuah komik permintaan dari Haziq Adli. Mengisahkan perbualan seorang pelajar S.P.M dengan seorang penjual air jambu tentang maksud "study" sebenar bagi menghadapi peperiksaan S.P.M.

12 muka surat

[Baca di Blog Komik][Baca di G+][Baca di Facebook][Download ZIP-JPEG][Download PDF]

Ulasan:
Ini mungkin satu-satunya komik permintaan yang saya lukis hitam putih kerana nak siapkan cepat supaya sempat nasihat dan ingatan ini sampai pada semua adik-adik yang akan hadapi SPM bulan November nanti. Komik ini juga tak masuk dalam "Koleksi Komik Permintaan", tapi dimasukkan dalam senarai "Komik Kehidupan" kerana jumlah mukasurat lebih 1 mukasurat. Saya tahu, mungkin para pelajar yang sedang sibuk nak membaca buku pelajaran tak ada masa nak baca komik nasihat berjela ini, tapi jikalau mereka baca jua, saya harap mereka akan membetulkan kembali semangat ke jalan realisasi bukan jalan "doktrin palsu pendidikan".

Komik Media Sosial


"Media Sosial"
Sinopsis:
Sebuah komik permintaan dari Haney Bu. Mengisahkan Hani berjumpa Dr.Ain bagi menyelesaikan kemelut fikirannya mengenai fenomena Media Sosial ke atas masyarakat.

21 muka surat

[Baca di Blog Komik] [Baca di G+] [Baca di Facebook] [Download ZIP-JPEG][Download PDF]


Ulasan:
Ia adalah sebuah komik permintaan yang ke-27 yang saya hasilkan sejak Ramadhan lalu. Namun disebabkan ia disiapkan lebih dari 1 mukasurat, maka saya kategorikannya dalam Komik Kehidupan dalam blog komik. Permintaan saudari Haney Bu di facebook pada 10 Syawal lalu, membuatkan saya terfikir ada keperluan untuk berikan solusi terbaik bagaimana seharusnya umat menggunakan media sosial tanpa diperguna dan dikuasai. Saya sedar tidak ramai yang gemarkan komik yang mengajar masyarakat begini, tapi saya melukis komik dakwah bukan bersujud pada yang orang gemar, tapi apa yang orang perlu untuk raih apa yang Allah gemar. Dihujung-hujung mukasurat memang saya lukis agak cincai dan laju, nak buat macammana masa begitu singkat dalam memenuhi keperluan umat. Saya harap pengisiannya tak terjejas dalam menyampaikan solusi setidak-tidaknya membuka hati umat untuk merenung sejenak sejauh mana telah kita hanyut dengan media sosial di abad ini.

Koleksi Komik-komik Permintaan Bulan Ramadhan


Berikut merupakan komik-komik permintaan orang yang semuanya datang dari fesbuk pada saya untuk dilukis dan alhamdulillah telah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk disiapkan sehingga 29/7/2012 bersamaan 9 Ramadhan 1433:


1. ‎"Main Mercun Semasa Solat Tarawih" -atas permintaan NISA' Alor Setar
2. ‎"Berpakaian Tak Sopan Di Bulan Ramadhan" -atas permintaan NISA' Alor Setar
3. ‎"Aurat Perempuan Dengan Sepupu Lelaki Dan Abang Ipar"- permintaan Tg Fatin
4. ‎"Tumpang Tanya.."-permintaan Kamal Yeah
5. "Allah Maha Melihat"- permintaan Fatihah Amni
6. "Bidadari Dunia"- permintaan Nurul Winchester
7. "Hamba Ramadhan Atau Hamba Allah?"- permintaan Faria Eytonez
8. ‎"Infaq Cinta"- permintaan Imran Muhammad Fadhil
9. ‎"Demam Merajuk"- permintaan Imran Muhammad Fadhil
10. ‎"Kahwin Awal"- permintaan Nabil Nabilah
11. "Puasa Tapi Tak Tutup Aurat Dan Tak Solat"- permintaan نور عيوشة
12. "Kawan Sejati= Sahabat" - permintaan Najmi Sulaiman
13. ‎"Dosa Internet" - permintaan ****** ****
14. ‎"Berkongsi Ilmu Bukan Kerna Nama"-permintaan Syahir Samsudin
15. "Mengumpat Di Bulan Ramadhan" - permintaan Afiqah Affa
16. "Panduan Aurat Sesama Perempuan"- permintaan Afiqah Affa
17. "Couple Membawa Padah"-permintaan Imran Muhammad Fadhil
18. ‎"Adab Terhadap Ulama"- permintaan ******* ******
19. ‎"Berpuasa Tapi Tak Solat" - permintaan Nisa' Alor Setar

Permintaan selanjutnya akan diupdate di sini: KLIK

Mohon Komik Dakwah 1

Semalam setelah saya menyiapkan komik yang dipohon oleh Nisa' Alor Setar, saya terfikir ada eloknya saya membuka diri saya secara terang-terangan untuk membantu melukis komik dakwah yang dimohon, sangat diperlukan, atau diharapkan ada untuk ummah. Melihat statcounter sendiri, sebenarnya ramai orang menggoogle untuk mencari komik dakwah pelbagai tema, singgah di blog ini. Namun saya pasti mereka kecewa apabila komik dakwah dengan tema atau topik yang mereka cari tak dijumpai.

Maka saya pun buatlah iklan seperti ini di FB. Dee lah orang pertama sibuk promote di FB dia.:


Kemudian datanglah orang mesej saya di fb, dan saya pun siapkanlah satu persatu setiap permintaan menjadi komik.

1) Komik "Aurat Perempuan Dengan Sepupu Lelaki Dan Abang Ipar"- permintaan Tg Fatin

"Assalamualaikum..mungkin boleh pertimbangkan buat komik tentang aurat perempuan dengan sepupu lelaki atau abang ipar..Kebanyakan wanita masih tidak sedar apabila berhadapan dengan sepupu lelaki dan abang ipar di dalam rumah juga diwajibkan menutup aurat..wallahua'alam.."


2) Komik "Tumpang Tanya.."-permintaan Kamal Yeah

"Assalamualaikum , berdasarkan kata kata nieh ikut kreativiti admin yea harap sgt

Si Teruna: Maaf, tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U katmana ye ?
Si Dara : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan , kedai BATAS² PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. tu tandanya encik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai.
Insyallah Amin"


3) Komik ‎"Allah Maha Melihat"- permintaan Fatihah Amni

"salam alhmdulillah atas usaha dan niat yg ingin dilakukan,sy amat tertarik dgn iklan yg dibuat, pe kata wat komik2 utk pelajar sekolah rendah, alat bntu mngajar..
contoh tajuk Allah Maha Melihat..kisah 2 shbt, sorg nk mncuri dn sorang menolak krn tahu yg Allah melihat.."


4)Komik "Bidadari Dunia"- permintaan Nurul Winchester

"assalamualaikum . boleh tak buat komik tentang bidadari dunia . wanita yang ingin berubah daripada jahil tentang agama , tetapi ingin berubah menjadi bidadari dunia . cinta hanya pada ALLAH dan rasulnya . mulai belajar tentang agama , dan inginkan istiqomah . tetapi byk dugaan yang mndatang mmbuatkan dia kadang kadang terlupa akan perubahannya . "


5)Komik "Hamba Ramadhan Atau Hamba Allah?"- permintaan Faria Eytonez

"Assalamualaikum..boleh tak saudara buat komik tentang "Hamba bulan Ramadhan"..maksud saya, kita hanya berbuat amalan masa bulan ramadhan sahaja..ni pun boleh jadi peringatan untuk saya juga..Terima Kasih,wassalam.."


Begitulah serba sedikit gambaran apabila orang meminta saya lukiskan komik. Saya memang akan usaha lukis ikut tema dan topik yang diminta anda, tapi sayalah yang menentukan mesej apa yang ingin disampaikan. Huhu...

Satu hal lagi, jika kaum memperniagakan dakwah tak malu mengiklan dakwah berbayar mereka, mengapa kita dari Front Karya 200% Gratis malu membikin iklan menyumbang percuma? Mari menyumbang percuma! Jiwa Kami Sadaqah!

Komik Ramadhan: Mercun dan Sopan


Komik ini direquest oleh Nisa' Alor Setar melalui Saudari Fatin Nasibah ke FB saya.

"hasil dari perbincangan dalam meeting NISA' Alor Setar, kami nak masukkan sikit komik tentang 2 perkara:
1) imam tarawih yang terkejut disebabkan budak2 main mercun waktu solat tarawih
2) wanita2 Islam yang pakai tak sopan di khalayak ramai dalam bulan Ramadhan
saya dah cuba cari komik untuk 2 perkara ni.. tapi tak jumpa pun.. sebab tu mintak pertolongan saudara.."-petikan request beliau.

Jadi inilah hasil yang saya dapat usahakan:

1) Komik Main Mercun Semasa Solat Tarawih


2) Komik Berpakaian Tak Sopan Di Bulan Ramadhan





CABARAN MISI KOMIK DAKWAH GRATIS MFR



Apa yang tertera di atas adalah sebuah jadual perancangan sebuah cabaran merealisasikan sebuah misi. Kalau tahun 2010 saya pernah berniat untuk mengumpul 1000 komik dakwah bagi memperbanyakkan karya dakwah berteraskan lukisan komik dan hasrat itu tercapai pada Januari tahun 2012 malah hingga saya tak menang tangan untuk meneruskan pengumpulan komik-komik dakwah itu kerana definisi komik dakwah yang luas dan kebangkitan karya dakwah yang meningkat mendadak setiap hari.

Kali ini saya ingin mencabar diri saya sendiri. Cabaran 1000 komik dakwah agak tak berjaya buat saya produktif kerana berasa gembira ramai adik-adik berkarya hingga lupa diri saya sendiri tak begitu menyumbang. Benar, saya mengaku masa yang saya ada untuk berkarya begitu tipis atas komitmen sebagai seorang pekerja dan pemimpin keluarga. Namun, sejak saya di alam persekolahan lagi komitmen bukan penghalang kita menjadi produktif berkarya. Dakwah gratis mesti terus dipertahankan tatkala semakin ramai mula sinis kepada gratisan.

"hei, mana ada benda free sekarang ini!", "benda free hanya benda sampah sarap saja", "dakwah free dakwah yang comot!" "tak standardlah barang free..apa kelas!" " semua benda berkos tinggi, mana ada orang sanggup korbankan masa sebab masa pun harganya tinggi sekarang!"

Dewasa ini, para pengkarya muda semakin berani untuk berkarya percuma dengan kualiti tinggi malah ideanya lebih hebat, kreatif dan bermutu lebih dari produk-produk kreatif yang berkos puluh ribu malah ratus ribu ringgit, baik di medan lukisan dan komik percuma, animasi pendek percuma atau filem pendek percuma yang semuanya berbentuk dakwah.Namun, pengaruh-pengaruh materialistik dari kaum so-called realist yang kononnya "berpijak di bumi nyata" wajib "berbayar dan bisnes" itu, sesetengah pengkarya muda yang mencintai berkongsi percuma sudah terliur untuk mengumpul harta dan mendapatkan pendapatan tambahan dari usaha mereka. saya faham, desakan hidup dengan harga barang tinggi dan desakan gadget canggih berkos tinggi yang jadi trend semasa membuatkan mereka terpaksa memilih jalan itu.

Namun, saya ditakdirkan Allah berbeza dari sudut itu. Saya diberikan Allah laluan hidup yang agak lancar walaupun sesekali tersangkut sana sini, saya bernikah tanpa perlu berhutang atau mengumpul duit hempas pulas lepas kerja. Hanya mengikat perut beberapa hari semasa belajar di Jepun sudah cukup duit biasiswa yang diterima menampung kos bertunang, kos bernikah, beli motor cash, dan hidup 3 bulan di malaysia sebelum terima gaji pertama. Saya juga tak diuji Allah dengan kesusahan mencari kerja, kerana seminggu sebelum grad sudah diterima bekerja di sebuah syarikat Jepun di Shah Alam. Memang ada cabaran dan kesusahan, memang ada ujian serba sikit, tapi saya tak teruk sangat struggle terutama dalam desakan mendapatkan wang.

Mengikat perut dan berlapar untuk stabilkan kewangan tidaklah suatu yang sulit untuk saya jalankan. Sejak kecil, itulah yang dilatih, jika kawan lain dapat duit belanja banyak, boleh beli macam-macam, saya hanya perlu sabar, ikat perut, lapar kejap, nanti duit terkumpul belilah satu persatu benda yang saya idamkan. Jika masih tak mampu, saya tunggu lebih dewasa, saya tak kisah tunggu 2 tahun, 5 tahun hatta 10 tahun jua. Saya bernikah pun dengan gadis yang saya tunggu 11 tahun untuk meminang.

Maka, saya rasa saya sangat sesuai menjadi pejuang komik gratis hingga mati. Saya tak perlu jual komik saya kerana tiada desakan hidup seperti teman-teman lain yang perlukan wang. Mungkin satu masa Allah akan uji dengan ujian berat, maka sebelum apa-apa ujian berat menimpa, wajarlah saya mulakan langkah menyusun kembali jalan perjuangan komik gratis karya saya. Supaya perjuangan ini tak tamat dengan kosong, hanya berdegar-degar saja, komik dakwah hebat, komik dakwah hebat, tapi apabila dibandingkan dengan komik berkos puluh ribu, komik gratis ternyata tak hebat mana. Saya tak mahu begitu. Hebatnya sebuah karya adalah kekuatan mesej dakwahnya yang tak ditelan zaman, seperti hebatnya karya-karya kitab ilmu oleh para imam dan alim muktabar.Komik yang bermanfaat dari satu generasi ke satu generasi. Itu komik dakwah gratis yang patut ditinggalkan di zaman ini untuk diwarisi zaman akan datang.

Itu cabaran saya. Maka mustahil saya boleh hasilkan satu karya yang bermanfaat dengan hanya berkarya satu dua karya saja. Saya bukan genius sebegitu, sekali cuba telah berjaya. Tapi untuk meningkatkan kebarangkalian salah satu karya saya menjadi bermanfaat generasi demi generasi, saya perlu hasilkan banyak karya. Atau, banyak karya yang tak best itu menampung satu sama lain hingga akhirnya menjadi satu karya yang best. Oleh itu, misi saya adalah CABARAN MENGHASILKAN KOMPILASI KOMIK DAKWAH GRATIS YANG TERANCANG.

Sebelum ini memang saya main lukis saja ikut apa idea terlintas, maka banyaknya karya saya tak bermutu dan tak beri manfaat yang berimpak kuat. kali ini idea itu mesti terancang. Berikut projek komik yang saya ingin siapkan agar menjadi karya bermutu tinggi:

1. KOMIK ADAB 50 MUKA SURAT
karya komik membicarakan adab dengan rujukan hadis atau ayat alQuran setiap mukasurat satu komik. setakat ini sudah lukis 13 mukasurat. ada 37 mukasurat lagi!

2. KOMIK AKIDAH 50 MUKA SURAT
karya komik membicarakan mengenai akidah atau tauhid berlandaskan hadis dan ayat alQuran setiap mukasurat satu komik. setakat ini sudah lukis 4 mukasurat. ada 46 mukasurat lagi!

3. KOMIK ISLAM & IMAN 50 ISU/TOPIK
karya komik membicarakan pelbagai isu semasa cuba mengubah cara fikir dan mengemukakan idea baru untuk ummah. satu isu dalam 2 hingga 10 mukasurat. setakat ini sudah lukis 5 isu. ada lagi 45 isu perlu dilukis!

4. KOMIK 4 PETAK 100 SIRI
karya komik yang mengandungi mesej ringkas tapi moga difikir panjang oleh pembaca. akan disusun satu mukasurat 2 siri. jadi, 100 siri akan hasilkan 50 mukasurat. baru lukis 1 siri, ada lagi 99 siri perlu dilukis!

5. CERITA PASAL KAWAN 50 MUKASURAT
karya komik sindiran pedas untuk diri saya sendiri mengenai isu dakwah dan sikap diri. asalnya saya nak masukkan komik ini dalam ar-risalah edisi khas daie, tapi saya rasa wajar diwujudkan kompilasi sendiri. satu komik untuk satu mukasurat. setakat ini baru lukis 3 komik, ada lagi 47 komik perlu dilukis!

6. KOMIK NIKAH 100 MUKASURAT
kompilasi komik-komik yang berbicara soal cinta, pinang, tunang, nikah kahwin. setakat ini dah lukis 4 komik dengan jumlah mukasurat 43 mukasurat. perlu tambah lagi komik-komik untuk melengkapkan target 100 mukasurat. Perlu lukis lagi 57 mukasurat komik!

7. KOMIK KEHIDUPAN
kompilasi komik-komik yang berbicara soal hidup dan cabarannya. sekarang dah ada 4 buah komik dengan jumlah mukasurat 41 mukasurat, perlu lukis lagi 59 mukasurat!

8. AR-RISALAH: EDISI KHAS DAIE 100 MUKASURAT
kompilasi komik-komik berbicara isu dakwah dan daie dengan bentuk majalah komik. sekarang dah lukis 3.5 mukasurat, lagi 96.5 mukasurat lagi!

9. MISI MATEMATIK: BUKU 1 ( 100 MUKASURAT)
komik yang mengandungi nota matematik berkaitan asas 10, asas 2, asas 8, asas 16, cara menukar asas, logaritma, fungsi, fungsi kuadratik, algebra dan beberapa tips menimbulkan minat kepada matematik, dan sentuh sikit rumus-rumus fizik sambil diselit idea revolusi futuwwah malaysia dalam pendidikan,sosial, ekonomi dan politik. dah lukis 10 mukasurat, lagi 90 mukasurat!

10. 1,2,3 KOMBAT! 100 MUKASURAT
projek komik sekuel komik ayat-ayat cintan yang dah bertangguh lama, mengisahkan Roi dan Rusd, dua sahabat baik yang berjuang melawan konspirasi ideologi ciptaan manusia demi mempertahankan agama dan ummah.lama sangat dah bertangguh ni. dah lukis 8 mukasurat, lagi 92 mukasurat!

11. KAMPUNG MONYET 100 MUKASURAT
sebuah lagi projek komik yang dah bertangguh lama, mengisahkan seorang ahli politik berdebat akan idea demokrasi dan islam, dan bagaimana mampu politik musyawarah menggantikan politik kepartian. dah lukis 9 mukasurat lagi 81 mukasurat!

12. KOMIK AYAT-AYAT CINTAN 100 MUKASURAT
Kisah awal Roi dan Rusd dua sahabat baik terlibat dalam konflik cinta, perjuangan dan semangat. yang ini dah siap. tapi kalau projek komik lain dah siap, saya ingat nak lukis semula dengan lebih kemas dan ubah sikit jalan ceritanya, jika Allah masih hidupkan saya.

13. NASIHAT BUAT ORANG POLITIK MALAYSIA 2012 33 MUKASURAT
komik nasihat yang mengumpul 10 nasihat buat orang politik malaysia tahun 2012. yang ini dah siap.

14. AR RISALAH: EDISI KHAS GOFUKU MOSALLA 36 MUKASURAT
sebuah kompilasi komik ingatan saya buat para junior di Toyama Jepun untuk terus mempertahankan usaha dakwah yang bermula di Gofuku Mosalla yang telah berjaya menyatukan komuniti umat Islam di kampus gofuku Toyama tersebut. walaupun ia khas buat usaha Gofuku Mosalla, tapi saya menjadikannya satu tanda aras untuk usaha dakwah saya di Malaysia pula. mampukah saya buat lebih baik atau setidaknya sama baik seperti yang dilaksanakan di Gofuku Mosalla itu. yang ini dah siap.

Sebenarnya cabaran ini lebih kepada menyiapkan projek komik-komik tertangguh yang saya rancang sejak dulu. sejak awal-awal menerbitkan komik di internet sekitar tahun 2004, sejak awal perkenalan dengan Alwancomics yang saya telah hack hingga Wanzu pun dah malas nak bangunkan semula, dan perkenalan dengan Rusydee sahabat baik saya walaupun hanya beberapa kali saja bertemu di alam nyata, tapi ternyata dialah teman paling setia dengan saya yang sudi menikam secara terang, menasihat dengan tajam, menaikkan amarah saya, tapi kekal menyayangi dan mendoakan kebaikan buat saya yang lemah ini. saya mesti berusaha menjayakan cabaran misi komik dakwah gratis ini! tapi saya nak tidur jap dulu. moga Allah bangunkan semula kelak.

jika saya mati,moga Allah terima niat saya ini seolah-olah telah melaksanakan semua yang dirancang dan diterima sebagai amal soleh. moga ada pemuda yang diberikan pertolongan dari Allah menjayakan misi yang seumpama ini tapi dengan lebih baik lagi. yang penting, saya doakan moga dakwah gratis menjadi dakwah unggul dan tidak ada yang mahu meremehkannya kerana sifat dakwah para anbiya itu adalah GRATIS!

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."[Surah Syu'ara' ayat 109, 127, 145, 164, 180]

“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk”.[Surah Yasin ayat 21]



Tanggungjawab Suami Isteri Muslim

Semalam saya terlihat orang share gambar berikut di facebook.

sumber

Saya rasa carta di atas sangatlah mengarutnya. Tanggungjawab suami digambarkan hanya berkaitan nafkah dan urusan perbelanjaan. Tanggungjawab isteri pula kerja-kerja selainnya. Dihilangkan persoalan memimpin dan mendidik keluarga oleh suami, dan dibebankan isteri dengan segala kerja mengurus sebagai satu "tanggungjawab" yang sebenarnya adalah kerja bersama suami isteri dengan suami sebagai ketua dan isteri sebagai pembantu. Atas rasa tanggungjawab membetulkan kembali salah faham tanggungjawab suami isteri di kalangan masyarakat, saya datangkan dua poster di bawah.

Apakah tanggungjawab seorang suami Muslim?




Apakah tanggungjawab seorang isteri Muslim?




p/s- Tekan Ctrl + beberapa kali untuk besarkan gambar jika tulisan tak jelas.

Komik "Hijab Bukan Aku"

"Dialog dua perempuan seputar isu Hijab merentasi 4 musim (winter,spring,summer,autumn)-
Hijab Bukan Aku -adaptasi status facebook Fynn Jamal dengan tokok tambah mfr studio"

Baca di Blog Komik: KLIK

Baca di Google Plus: KLIK

Share di Facebook: KLIK

Download komik Hijab Bukan Aku: KLIK

Ini adalah kali pertama saya melukis komik adaptasi dari status Facebook seseorang. Ya, saya sukakan puitis bahasanya, Fynn Jamal. Kebetulan status facebook pada 3 Mei lepas, mengundang pelbagai persepsi orang-orang terhadap Fynn Jamal seputar isu "ikhlas berhijab" dan "hijab dengan sempurna".

Ketika saya meminta izin untuk mengadaptasi status facebooknya, Fynn Jamal menulis dengan kata berikut:
"subhanallah. terima kasih sebab susunkan sampai jadi begini cantik. tapi kena hati2. tempoh hari, kakak kena selar dengan beberapa pihak yang 'memikirkan' akak menggalakkan 'tak payah hijab dulu selagi tak bersedia'. tidak. akak sedang galakkan 'mari berhijab dengan sempurna'.

buatlah. ada sedikit amal jariah akak kalau ada yang terima ilmunya.
terima kasih lagi."

Dan ini status asal Fynn Jamal sebelum diadaptasi:

ini puisi asal sebelum menjadi status facebook: KLIK

Komik Nasihat Buat Orang Politik Malaysia 2012


Boleh mula baca di blog komik: KLIK
Boleh share di facebook: KLIK
Boleh download: KLIK

Sebuah projek komik yang telah diniatkan pada Disember 2011 yang lalu. Tertangguh lama memikirkan politik semasa. Mula semula melukis sejak April 2012 selepas tamat lukis Komik Mengapa Bersedih Kerna Chenta. Berlanjutan melukis dikit demi dikit sehinggalah siap 33 mukasurat pada hari ini 24 Mei 2012. InshaAllah akan cuba menghantar komik ini kepada semua kepala politik muslim di negara Malaysia. Semoga nasihat dari seorang rakyat biasa ini dibaca oleh semua orang politik Malaysia 2012. Kita nasihat orang untuk nasihat diri sendiri dan menjemput orang lain menasihati kita. 

Bagaimana nak selamatkan bumi Palestin dari Zionis?


Komik poster atau diagram yang keempat. Saya mengambil kesempatan merefresh kembali ke mana arah tuju tindakan kita untuk menyelamatkan Palestin supaya ianya bukan bermusim. Ramai orang boikot barang, kadang bermusim. Ramai orang berdemo, itu bermusim juga. Ramai orang tukar profile picture di facebook sempena Hari Nakbah, itu lebih lagi bermusim, apatah lagi sudah diniatkan memang nak laksana hanya setiap 15 Mei setiap tahun. Tapi membina iman dan amal, menyeru umat, berdoa sesungguh hati, infak harta, menyumbang kepakaran, menyediakan diri menjadi sukarelawan apatah lagi berusaha membina ketenteraan dan merealitikan Pakatan Tentera Islam, ia tak boleh bermusim, kerana ia perlu berdiri konsisten dan bergerak sehala tanpa henti.


Komik Cerita Pasal Kawan #3 : Perbincangan bukan doktrinasi

Baca selanjutnya di Blog Komik: KLIK

Siri ketiga Komik Cerita Pasal Kawan. Teguran buat diri sendiri untuk selalu terbuka mendengar dan mengambilberat pandangan orang lain dalam perbincangan. Tidak taksub dengan idea dan pandangan sendiri saja. Biar perbincangan jadi medan muhasabah dan medan perkongsian manfaat lengkap melengkapi. Kita bukannya sempurna boleh ada idea dan pandangan yang tak ada cacat cela. Biar perbincangan berkembang supaya dimensi pandangan kita juga bertambah besar. Luas dimensi pandangan maka luaslah fikiran, maka terbukalah medan kreativiti, inovasi, dan kebernasan idea!

Panduan Memahami Poster Mahram

Saya membaca banyak keluhan dan luahan orang yang melihat komik diagram atau poster

KLIK ENTRI: INI
"Dengan siapa saya WAJIB BERHIJAB dan HARAM BERSALAM?" ( http://www.facebook.com/photo.php?fbid=220146931421781&set=a.211191478983993.30628.100002794267166&type=1 )

KLIK ENTRI: INI
dan "Dengan siapa saya HARAM BERSALAM dan BERCAMPUR?" ( http://www.facebook.com/photo.php?fbid=220399008063240&set=a.211191478983993.30628.100002794267166&type=1 ),

dengan keluhan mengelirukan, memeningkan, dan tidak faham serabut habis dah.

Maka saya fikir ada baiknya saya buatkan panduan memahami poster tersebut.






Untuk versi panduan di facebook boleh ke link ini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.221530677950073.32229.100002794267166&type=1

DOWNLOAD POSTER BERSAMA PANDUAN DI SINI: KLIK

Komik Islam & Iman #5: Pendidikan Percuma

Baca seterusnya 6 muka surat di SINI

Ini merupakan komik siri Islam dan Iman yang kelima. Tapi yang pertama untuk tahun 2012 ini. Siri ini banyak memaparkan dialog dua pemuda bernama Islam Bin Taqwa dan sahabat beliau Iman Bin Ihsan. Ya, Islam dan Iman berkawan baik simbolik betapa Islam dan Iman yang ada pada diri kita jua perlu seiring.

Episod kali ini berkenaan Pendidikan Percuma. Mengambil kesempatan dari isu yang timbul semenjak akhir-akhir ini ada pihak mengisukan berkenaan tuntutan mansuh PTPTN dan menggunakan slogan Pendidikan Percuma (Free Education). Dalam masa yang sama, Pendidikan Percuma adalah antara halatuju Futuwwah Revolution di bawah Projek Pendidikan Pejuang no.8:

8. Semua sekolah adalah sekolah terbuka dan percuma

Asalnya komik ini hanya 2 mukasurat awal saja. Tapi saya lanjutkan lagi perbincangannya hingga 6 mukasurat selepas baca komen pembaca di facebook. Saya mengutarakan pendapat saya mengenai perjuangan pendidikan percuma saya, mengambil ibrah dari perbincangan hukum mengambil upah dari mengajar al Quran yang pernah ditulis oleh Sheikh Yusuf Qaradhawi, isu pendidikan kreatif, anjuran hidup sederhana, pengagihan kekayaan negara, dan banyak lagi isu tersirat dan tersurat yang disentuh di bawah minda sedar. Huhu.. selamat membaca. Siri ini akan jadi siri komik untuk saya curahkan idea revolusi, kritikan isu semasa dan sebagainya.

Bagaimana nak tambah Iman kepada Allah?

Pagi tadi Prof Muhaya update bertubi-tubi status di page facebooknya sebagaimana normalnya beliau. Selalunya memang kata-kata beliau adalah baik dan bagus. Salah satu statusnya, buat saya tergerak untuk komen seperti di bawah:


saya edit beberapa komen awal tak ditunjuk bagi memendekkan gambar.

Saya terfikir sebenarnya komen saya di atas, dah biasa saya sebut dan kebanyakan daie-daie bermusafir ke masjid sebutkan. Saya terfikir, kenapalah kata-kata itu tak dibuat komik atau lukisan untuk menarik lebih ramai orang berfikir akannya.

Maka saya pun lukislah laju-laju seperti di bawah:


Kesimpulannya, manfaatkanlah perbincangan untuk menjana fikir dan rasa yang akhirnya membuahkan produk nasihat yang bermanfaat walaupun ia hanyalah tercetus dari reply status di facebook semata-mata. Saya sedih dengan seorang tokoh yang mahu mengawal halatuju komen di facebooknya, buat dia buang semua komen-komen saya walaupun ada pengunjung facebooknya mendapat manfaat kalaupun dia sendiri rasa komen itu tak bermanfaat, membosankan, atau remeh berbanding statusnya yang agung.

Saya belum masukkan komik ini ke blog komik saya sebab tak tahu nak kategorikan komik jenis apa lagi.


Komik "Mengapa Bersedih Kerna Chenta?"

Komik ini dimulakan pada Disember 2011, dan akhirnya siap hari ini Mac 2012.



Baca komik ini di Blog Komik saya: KLIK
Download Komik: KLIK

Ini merupakan komik ke-2 siap pada tahun 2012 ini selepas Komik "Cara-cara Meminang Dalam Islam" yang terbit Februari lepas.

Temanya berkenaan untuk kita tak bersedih hati dan terbawa-bawa dengan perasaan kecewa apabila tak dapat menikah dengan orang yang kita suka. Saya gunakan watak perempuan untuk lakukan "reverse psychology" kepada orang lelaki yang sepatutnya lebih lagi tak boleh bersedih kerna chenta daripada perempuan kerana kita adalah pemimpin perempuan.

Saya cuba meletakkan kefahaman tentang jodoh, tentang menikah untuk agama, mencari calon beragama sambil diri dipersiapkan dengan agama sama, dan meluaskan minda kita semua bahawa hidup ini bukan semata-mata mahu mencari jodoh, tapi banyak lagi usaha yang kita perlu lakukan dengan penuh semangat dan positif untuk raih redha Allah. Aiseh dah ter"sebut" semua mesej penting pula dalam komik ini. Tapi kalau dah faham mesejnya, tak perlu lagi baca komik, yang lebih penting kita bergerak BERAMAL!!

Komik Cara-cara Meminang Dalam Islam

Pada asalnya saya mendapat e-mail dari Soul Artwork untuk melukis komik bertemakan "Cara meminang menurut syarak". Lihat iklannya:



Jadi saya terus saja hasilkan komik "Cara-cara meminang Dalam Islam" 7 page. Alhamdulillah dalam 2 hari siaplah sudah dan dipublish di blog komik saya:
http://mfrstudio.blogspot.com/search/label/meminang

Dan boleh juga didonlod dari mediafire: http://www.mediafire.com/?l1m5sf5b73xuju1

Saya telah balas e-mel Soul Artwork dengan karya itu. Mereka perlukan proposal, tapi saya terus hasilkan komik lengkap. Mungkin komik saya tak begitu "komik". Entahlah.

Ini sedutan page 1 komik itu:

Berikut rujukan untuk pengisian dalam komik ini:

CABARAN 1000 KOMIK DAKWAH SELESAI!

Jumlah komik terkumpul sehingga 26 Januari 2012: 1023 di komikdakwah.blogspot.com

Pada Oktober 2010 saya telah memulakan sebuah cabaran (khusus untuk diri saya) bagi mengumpul 1000 buah komik dakwah percuma yang tersebar di alam maya. Jika tidak cukup 1000 komik dakwah yang sedia ada, maka saya akan dorong lebih ramai pelukis beralih melukis komik dakwah, jika tidak cukup juga saya sendiri akan berusaha mencukupkannya. Tarikh akhir cabaran adalah Ogos 2011.


Namun, sehingga Ogos 2011, masih belum berjaya saya kumpul 1000 komik dakwah, sehinggalah 5 bulan kemudian, iaitu hari ini, Januari 2012 angka 1000 itu telah dilepasi.

Walaupun terlewat 5 bulan, bukanlah kerana tidak cukup karya komik dakwah tersebar di internet, saya percaya ia sudah mencapai 1000 sebelum Ogos 2011 lagi, tapi kelewatan ini sebab saya sendiri yang lambat update dan cari karya yang banyak dan terlalu banyak itu. Malah para pelukis dakwah begitu giat dan produktif, serta muncul pelukis baru juga sehingga tak terbilang dengan jari mendadak sepanjang tahun 2011. Fuhhh !!

Melihat karya-karya yang terkandung dalam list 1000 komik itu, mungkin timbul persoalan "apakah semua 1000 komik dakwah itu benar-benar karya komik atau sekadar lukisan dan contengan". Namun bagi para pengkarya komik atau komikus sendiri tidak berupaya meletakkan garisan piawai apakah standard sebuah karya boleh dikategorikan sebagai komik. Antara sebabnya kerana komik adalah karya kreatif, kreativiti pula adalah keupayaan keluar dari garisan piawai dan standard. Namun terlalu kreatif juga hingga memasuki ruang dan dimensi seni halus yang kompleks akan terkeluar dari matlamat komik dakwah.

Benar, saya mfr sedang meletakkan takrif "komik dakwah" dalam usaha menyenaraikan 1000 komik dakwah dengan batasan dan garisan supaya karya yang saya takrif boleh dikategori "komik" juga berada dalam kategori "komik dakwah".

Berikut definisi komik dakwah yang saya bina,

"sebuah karya lukisan yang mengandungi mesej secara bertulis atau tidak bertulis tapi difahami menyeru ke arah kebaikan secara jelas yang dikehendaki Islam"

Maka, termasuklah komik itu karya-karya poster islamik yang dilukis, wallpaper, doodle, sketch, dan sebagainya yang keluar dari tipikal komik yang mengandungi kotak atau belon dialog. Mungkin ada orang menganggap apakah poster, wallpaper, doodle atau sketch itu masih komik kerana tidak ada kotak-kotak aksi, dan tidak ada belon dialog. Tapi orang boleh pula menerima kartun satira Zunar seperti di bawah sebagai komik, bukan?


Komik Zunar juga ada yang tiada kotak, malah tiada belon dialog.

Maka berbekalkan hujah itu semua karya lukisan yang ada "kartun" di dalamnya dan mengandungi "mesej Islam" saya masukkan dalam senarai 1000 komik dakwah tersebut.

Apa yang penting 1000 Komik Dakwah Gratis Online bukan suatu yang mustahil, malah angkanya akan terus bertambah selagi para pelukis dan peminat komik terus menghasilkan karya atas semangat berdakwah PERCUMA tanpa meminta melainkan redha Allah pada mereka.

Cabaran 1000 Komik Dakwah disytiharkan selesai. Tapi terus semarakkan karya dakwah lagi dan lagi. Jangan henti semangat itu.

Senarai pelukis dan bilangan karya mereka yang disenaraikan:

Bil. Pelukis Bil.Karya
1. abdan 4
2. adham 96 3
3. afif 22
4. ainul wafi 2
5. aizat 3
6. alfi ramadhani 2
7. alfityan 2
8. alin 10
9. ana musafir 3
10. ana muslimah 2
11. ariyana 5
12. arkzam darkdeng 7
13. assakinah 1
14. azizul 26
15. azkar a'bidi 1
16. bintu battuta 2
17. bintu umar 1
18. bkm al mukhlisin 8
19. brotherhood arts 34
20. budin 1
21. cahaya pemimpin 5
22. chik09 1
23. chocoreaper 1
24. dale 90
25. eyna chan 40
26. fadzlin 6
27. fatalfay 1
28. freshie 41
29. fullwhitemoon 4
30. gagak89 2
31. gild 1
32. halawati 20
33. hang jebat 1
34. hanif 17
35. hanri 4
36. hanz sensei 8
37. hikari 22
38. ibrahzine 18
39. icesoul 3
40. ichi-iltea15 1
41. iekh1p3 3
42. ihsan 8
43. ijoi 16
44. imran 24
45. insan fakir 1
46. kamal san 142
47. kanben 9
48. kelab iqra utm 2
49. keri ikhwan 2
50. kelinci 23
51. khalifah rock 4
52. kusyuk 5
53. leucosolenia 2
54. lilacfla 2
55. liyana cs 3
56. maskeid 4
57. mat3w 1
58. matahati 40
59. menoufiaz 10
60. meo 2
61. mfr studio 48
62. mirul 4
63. mr iq 5
64. muhammad al fatih 2
65. musegalo 11
66. namikpasha 1
67. nayzak 31
68. nazmi studio 4
69. nazneen 1
70. nnuriman 36
71. ochin 3
72. pelajar 4
73. qalami 1
74. qirmumtaz 2
75. ridzal yusof 1
76. rusydee artz 37
77. suppie 1
78. syed muhammad 4
79. syifa 1
80. sythm 3
81. thiah 7
82. tuffix 6
83. ubay 18
84. utea 2
85. wanzu 9
86. wira islam 7
87. yaku24 3
88. yana nurel 3
89. zaki ibn ismail 12
90. zulan 8
91. pelukis xdiketahui 20
jumlah 1023


Berhenti. Bertenang. Senyum

aku yang tua, dah habiskan 27 tahun di dunia

Dalam menghadapi perjalanan, ada masa kita perlu berhenti, bertenang seketika dan senyum untuk menghargai dan mensyukuri apa yang ada di saat ini. (Lukisan dilukis di Rusydee Artz Oekaki- Rindu.Org)