Koleksi Komik-komik Permintaan Bulan Ramadhan


Berikut merupakan komik-komik permintaan orang yang semuanya datang dari fesbuk pada saya untuk dilukis dan alhamdulillah telah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk disiapkan sehingga 29/7/2012 bersamaan 9 Ramadhan 1433:


1. ‎"Main Mercun Semasa Solat Tarawih" -atas permintaan NISA' Alor Setar
2. ‎"Berpakaian Tak Sopan Di Bulan Ramadhan" -atas permintaan NISA' Alor Setar
3. ‎"Aurat Perempuan Dengan Sepupu Lelaki Dan Abang Ipar"- permintaan Tg Fatin
4. ‎"Tumpang Tanya.."-permintaan Kamal Yeah
5. "Allah Maha Melihat"- permintaan Fatihah Amni
6. "Bidadari Dunia"- permintaan Nurul Winchester
7. "Hamba Ramadhan Atau Hamba Allah?"- permintaan Faria Eytonez
8. ‎"Infaq Cinta"- permintaan Imran Muhammad Fadhil
9. ‎"Demam Merajuk"- permintaan Imran Muhammad Fadhil
10. ‎"Kahwin Awal"- permintaan Nabil Nabilah
11. "Puasa Tapi Tak Tutup Aurat Dan Tak Solat"- permintaan نور عيوشة
12. "Kawan Sejati= Sahabat" - permintaan Najmi Sulaiman
13. ‎"Dosa Internet" - permintaan ****** ****
14. ‎"Berkongsi Ilmu Bukan Kerna Nama"-permintaan Syahir Samsudin
15. "Mengumpat Di Bulan Ramadhan" - permintaan Afiqah Affa
16. "Panduan Aurat Sesama Perempuan"- permintaan Afiqah Affa
17. "Couple Membawa Padah"-permintaan Imran Muhammad Fadhil
18. ‎"Adab Terhadap Ulama"- permintaan ******* ******
19. ‎"Berpuasa Tapi Tak Solat" - permintaan Nisa' Alor Setar

Permintaan selanjutnya akan diupdate di sini: KLIK

Mohon Komik Dakwah 1

Semalam setelah saya menyiapkan komik yang dipohon oleh Nisa' Alor Setar, saya terfikir ada eloknya saya membuka diri saya secara terang-terangan untuk membantu melukis komik dakwah yang dimohon, sangat diperlukan, atau diharapkan ada untuk ummah. Melihat statcounter sendiri, sebenarnya ramai orang menggoogle untuk mencari komik dakwah pelbagai tema, singgah di blog ini. Namun saya pasti mereka kecewa apabila komik dakwah dengan tema atau topik yang mereka cari tak dijumpai.

Maka saya pun buatlah iklan seperti ini di FB. Dee lah orang pertama sibuk promote di FB dia.:


Kemudian datanglah orang mesej saya di fb, dan saya pun siapkanlah satu persatu setiap permintaan menjadi komik.

1) Komik "Aurat Perempuan Dengan Sepupu Lelaki Dan Abang Ipar"- permintaan Tg Fatin

"Assalamualaikum..mungkin boleh pertimbangkan buat komik tentang aurat perempuan dengan sepupu lelaki atau abang ipar..Kebanyakan wanita masih tidak sedar apabila berhadapan dengan sepupu lelaki dan abang ipar di dalam rumah juga diwajibkan menutup aurat..wallahua'alam.."


2) Komik "Tumpang Tanya.."-permintaan Kamal Yeah

"Assalamualaikum , berdasarkan kata kata nieh ikut kreativiti admin yea harap sgt

Si Teruna: Maaf, tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U katmana ye ?
Si Dara : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan , kedai BATAS² PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. tu tandanya encik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai.
Insyallah Amin"


3) Komik ‎"Allah Maha Melihat"- permintaan Fatihah Amni

"salam alhmdulillah atas usaha dan niat yg ingin dilakukan,sy amat tertarik dgn iklan yg dibuat, pe kata wat komik2 utk pelajar sekolah rendah, alat bntu mngajar..
contoh tajuk Allah Maha Melihat..kisah 2 shbt, sorg nk mncuri dn sorang menolak krn tahu yg Allah melihat.."


4)Komik "Bidadari Dunia"- permintaan Nurul Winchester

"assalamualaikum . boleh tak buat komik tentang bidadari dunia . wanita yang ingin berubah daripada jahil tentang agama , tetapi ingin berubah menjadi bidadari dunia . cinta hanya pada ALLAH dan rasulnya . mulai belajar tentang agama , dan inginkan istiqomah . tetapi byk dugaan yang mndatang mmbuatkan dia kadang kadang terlupa akan perubahannya . "


5)Komik "Hamba Ramadhan Atau Hamba Allah?"- permintaan Faria Eytonez

"Assalamualaikum..boleh tak saudara buat komik tentang "Hamba bulan Ramadhan"..maksud saya, kita hanya berbuat amalan masa bulan ramadhan sahaja..ni pun boleh jadi peringatan untuk saya juga..Terima Kasih,wassalam.."


Begitulah serba sedikit gambaran apabila orang meminta saya lukiskan komik. Saya memang akan usaha lukis ikut tema dan topik yang diminta anda, tapi sayalah yang menentukan mesej apa yang ingin disampaikan. Huhu...

Satu hal lagi, jika kaum memperniagakan dakwah tak malu mengiklan dakwah berbayar mereka, mengapa kita dari Front Karya 200% Gratis malu membikin iklan menyumbang percuma? Mari menyumbang percuma! Jiwa Kami Sadaqah!

Komik Ramadhan: Mercun dan Sopan


Komik ini direquest oleh Nisa' Alor Setar melalui Saudari Fatin Nasibah ke FB saya.

"hasil dari perbincangan dalam meeting NISA' Alor Setar, kami nak masukkan sikit komik tentang 2 perkara:
1) imam tarawih yang terkejut disebabkan budak2 main mercun waktu solat tarawih
2) wanita2 Islam yang pakai tak sopan di khalayak ramai dalam bulan Ramadhan
saya dah cuba cari komik untuk 2 perkara ni.. tapi tak jumpa pun.. sebab tu mintak pertolongan saudara.."-petikan request beliau.

Jadi inilah hasil yang saya dapat usahakan:

1) Komik Main Mercun Semasa Solat Tarawih


2) Komik Berpakaian Tak Sopan Di Bulan Ramadhan





CABARAN MISI KOMIK DAKWAH GRATIS MFR



Apa yang tertera di atas adalah sebuah jadual perancangan sebuah cabaran merealisasikan sebuah misi. Kalau tahun 2010 saya pernah berniat untuk mengumpul 1000 komik dakwah bagi memperbanyakkan karya dakwah berteraskan lukisan komik dan hasrat itu tercapai pada Januari tahun 2012 malah hingga saya tak menang tangan untuk meneruskan pengumpulan komik-komik dakwah itu kerana definisi komik dakwah yang luas dan kebangkitan karya dakwah yang meningkat mendadak setiap hari.

Kali ini saya ingin mencabar diri saya sendiri. Cabaran 1000 komik dakwah agak tak berjaya buat saya produktif kerana berasa gembira ramai adik-adik berkarya hingga lupa diri saya sendiri tak begitu menyumbang. Benar, saya mengaku masa yang saya ada untuk berkarya begitu tipis atas komitmen sebagai seorang pekerja dan pemimpin keluarga. Namun, sejak saya di alam persekolahan lagi komitmen bukan penghalang kita menjadi produktif berkarya. Dakwah gratis mesti terus dipertahankan tatkala semakin ramai mula sinis kepada gratisan.

"hei, mana ada benda free sekarang ini!", "benda free hanya benda sampah sarap saja", "dakwah free dakwah yang comot!" "tak standardlah barang free..apa kelas!" " semua benda berkos tinggi, mana ada orang sanggup korbankan masa sebab masa pun harganya tinggi sekarang!"

Dewasa ini, para pengkarya muda semakin berani untuk berkarya percuma dengan kualiti tinggi malah ideanya lebih hebat, kreatif dan bermutu lebih dari produk-produk kreatif yang berkos puluh ribu malah ratus ribu ringgit, baik di medan lukisan dan komik percuma, animasi pendek percuma atau filem pendek percuma yang semuanya berbentuk dakwah.Namun, pengaruh-pengaruh materialistik dari kaum so-called realist yang kononnya "berpijak di bumi nyata" wajib "berbayar dan bisnes" itu, sesetengah pengkarya muda yang mencintai berkongsi percuma sudah terliur untuk mengumpul harta dan mendapatkan pendapatan tambahan dari usaha mereka. saya faham, desakan hidup dengan harga barang tinggi dan desakan gadget canggih berkos tinggi yang jadi trend semasa membuatkan mereka terpaksa memilih jalan itu.

Namun, saya ditakdirkan Allah berbeza dari sudut itu. Saya diberikan Allah laluan hidup yang agak lancar walaupun sesekali tersangkut sana sini, saya bernikah tanpa perlu berhutang atau mengumpul duit hempas pulas lepas kerja. Hanya mengikat perut beberapa hari semasa belajar di Jepun sudah cukup duit biasiswa yang diterima menampung kos bertunang, kos bernikah, beli motor cash, dan hidup 3 bulan di malaysia sebelum terima gaji pertama. Saya juga tak diuji Allah dengan kesusahan mencari kerja, kerana seminggu sebelum grad sudah diterima bekerja di sebuah syarikat Jepun di Shah Alam. Memang ada cabaran dan kesusahan, memang ada ujian serba sikit, tapi saya tak teruk sangat struggle terutama dalam desakan mendapatkan wang.

Mengikat perut dan berlapar untuk stabilkan kewangan tidaklah suatu yang sulit untuk saya jalankan. Sejak kecil, itulah yang dilatih, jika kawan lain dapat duit belanja banyak, boleh beli macam-macam, saya hanya perlu sabar, ikat perut, lapar kejap, nanti duit terkumpul belilah satu persatu benda yang saya idamkan. Jika masih tak mampu, saya tunggu lebih dewasa, saya tak kisah tunggu 2 tahun, 5 tahun hatta 10 tahun jua. Saya bernikah pun dengan gadis yang saya tunggu 11 tahun untuk meminang.

Maka, saya rasa saya sangat sesuai menjadi pejuang komik gratis hingga mati. Saya tak perlu jual komik saya kerana tiada desakan hidup seperti teman-teman lain yang perlukan wang. Mungkin satu masa Allah akan uji dengan ujian berat, maka sebelum apa-apa ujian berat menimpa, wajarlah saya mulakan langkah menyusun kembali jalan perjuangan komik gratis karya saya. Supaya perjuangan ini tak tamat dengan kosong, hanya berdegar-degar saja, komik dakwah hebat, komik dakwah hebat, tapi apabila dibandingkan dengan komik berkos puluh ribu, komik gratis ternyata tak hebat mana. Saya tak mahu begitu. Hebatnya sebuah karya adalah kekuatan mesej dakwahnya yang tak ditelan zaman, seperti hebatnya karya-karya kitab ilmu oleh para imam dan alim muktabar.Komik yang bermanfaat dari satu generasi ke satu generasi. Itu komik dakwah gratis yang patut ditinggalkan di zaman ini untuk diwarisi zaman akan datang.

Itu cabaran saya. Maka mustahil saya boleh hasilkan satu karya yang bermanfaat dengan hanya berkarya satu dua karya saja. Saya bukan genius sebegitu, sekali cuba telah berjaya. Tapi untuk meningkatkan kebarangkalian salah satu karya saya menjadi bermanfaat generasi demi generasi, saya perlu hasilkan banyak karya. Atau, banyak karya yang tak best itu menampung satu sama lain hingga akhirnya menjadi satu karya yang best. Oleh itu, misi saya adalah CABARAN MENGHASILKAN KOMPILASI KOMIK DAKWAH GRATIS YANG TERANCANG.

Sebelum ini memang saya main lukis saja ikut apa idea terlintas, maka banyaknya karya saya tak bermutu dan tak beri manfaat yang berimpak kuat. kali ini idea itu mesti terancang. Berikut projek komik yang saya ingin siapkan agar menjadi karya bermutu tinggi:

1. KOMIK ADAB 50 MUKA SURAT
karya komik membicarakan adab dengan rujukan hadis atau ayat alQuran setiap mukasurat satu komik. setakat ini sudah lukis 13 mukasurat. ada 37 mukasurat lagi!

2. KOMIK AKIDAH 50 MUKA SURAT
karya komik membicarakan mengenai akidah atau tauhid berlandaskan hadis dan ayat alQuran setiap mukasurat satu komik. setakat ini sudah lukis 4 mukasurat. ada 46 mukasurat lagi!

3. KOMIK ISLAM & IMAN 50 ISU/TOPIK
karya komik membicarakan pelbagai isu semasa cuba mengubah cara fikir dan mengemukakan idea baru untuk ummah. satu isu dalam 2 hingga 10 mukasurat. setakat ini sudah lukis 5 isu. ada lagi 45 isu perlu dilukis!

4. KOMIK 4 PETAK 100 SIRI
karya komik yang mengandungi mesej ringkas tapi moga difikir panjang oleh pembaca. akan disusun satu mukasurat 2 siri. jadi, 100 siri akan hasilkan 50 mukasurat. baru lukis 1 siri, ada lagi 99 siri perlu dilukis!

5. CERITA PASAL KAWAN 50 MUKASURAT
karya komik sindiran pedas untuk diri saya sendiri mengenai isu dakwah dan sikap diri. asalnya saya nak masukkan komik ini dalam ar-risalah edisi khas daie, tapi saya rasa wajar diwujudkan kompilasi sendiri. satu komik untuk satu mukasurat. setakat ini baru lukis 3 komik, ada lagi 47 komik perlu dilukis!

6. KOMIK NIKAH 100 MUKASURAT
kompilasi komik-komik yang berbicara soal cinta, pinang, tunang, nikah kahwin. setakat ini dah lukis 4 komik dengan jumlah mukasurat 43 mukasurat. perlu tambah lagi komik-komik untuk melengkapkan target 100 mukasurat. Perlu lukis lagi 57 mukasurat komik!

7. KOMIK KEHIDUPAN
kompilasi komik-komik yang berbicara soal hidup dan cabarannya. sekarang dah ada 4 buah komik dengan jumlah mukasurat 41 mukasurat, perlu lukis lagi 59 mukasurat!

8. AR-RISALAH: EDISI KHAS DAIE 100 MUKASURAT
kompilasi komik-komik berbicara isu dakwah dan daie dengan bentuk majalah komik. sekarang dah lukis 3.5 mukasurat, lagi 96.5 mukasurat lagi!

9. MISI MATEMATIK: BUKU 1 ( 100 MUKASURAT)
komik yang mengandungi nota matematik berkaitan asas 10, asas 2, asas 8, asas 16, cara menukar asas, logaritma, fungsi, fungsi kuadratik, algebra dan beberapa tips menimbulkan minat kepada matematik, dan sentuh sikit rumus-rumus fizik sambil diselit idea revolusi futuwwah malaysia dalam pendidikan,sosial, ekonomi dan politik. dah lukis 10 mukasurat, lagi 90 mukasurat!

10. 1,2,3 KOMBAT! 100 MUKASURAT
projek komik sekuel komik ayat-ayat cintan yang dah bertangguh lama, mengisahkan Roi dan Rusd, dua sahabat baik yang berjuang melawan konspirasi ideologi ciptaan manusia demi mempertahankan agama dan ummah.lama sangat dah bertangguh ni. dah lukis 8 mukasurat, lagi 92 mukasurat!

11. KAMPUNG MONYET 100 MUKASURAT
sebuah lagi projek komik yang dah bertangguh lama, mengisahkan seorang ahli politik berdebat akan idea demokrasi dan islam, dan bagaimana mampu politik musyawarah menggantikan politik kepartian. dah lukis 9 mukasurat lagi 81 mukasurat!

12. KOMIK AYAT-AYAT CINTAN 100 MUKASURAT
Kisah awal Roi dan Rusd dua sahabat baik terlibat dalam konflik cinta, perjuangan dan semangat. yang ini dah siap. tapi kalau projek komik lain dah siap, saya ingat nak lukis semula dengan lebih kemas dan ubah sikit jalan ceritanya, jika Allah masih hidupkan saya.

13. NASIHAT BUAT ORANG POLITIK MALAYSIA 2012 33 MUKASURAT
komik nasihat yang mengumpul 10 nasihat buat orang politik malaysia tahun 2012. yang ini dah siap.

14. AR RISALAH: EDISI KHAS GOFUKU MOSALLA 36 MUKASURAT
sebuah kompilasi komik ingatan saya buat para junior di Toyama Jepun untuk terus mempertahankan usaha dakwah yang bermula di Gofuku Mosalla yang telah berjaya menyatukan komuniti umat Islam di kampus gofuku Toyama tersebut. walaupun ia khas buat usaha Gofuku Mosalla, tapi saya menjadikannya satu tanda aras untuk usaha dakwah saya di Malaysia pula. mampukah saya buat lebih baik atau setidaknya sama baik seperti yang dilaksanakan di Gofuku Mosalla itu. yang ini dah siap.

Sebenarnya cabaran ini lebih kepada menyiapkan projek komik-komik tertangguh yang saya rancang sejak dulu. sejak awal-awal menerbitkan komik di internet sekitar tahun 2004, sejak awal perkenalan dengan Alwancomics yang saya telah hack hingga Wanzu pun dah malas nak bangunkan semula, dan perkenalan dengan Rusydee sahabat baik saya walaupun hanya beberapa kali saja bertemu di alam nyata, tapi ternyata dialah teman paling setia dengan saya yang sudi menikam secara terang, menasihat dengan tajam, menaikkan amarah saya, tapi kekal menyayangi dan mendoakan kebaikan buat saya yang lemah ini. saya mesti berusaha menjayakan cabaran misi komik dakwah gratis ini! tapi saya nak tidur jap dulu. moga Allah bangunkan semula kelak.

jika saya mati,moga Allah terima niat saya ini seolah-olah telah melaksanakan semua yang dirancang dan diterima sebagai amal soleh. moga ada pemuda yang diberikan pertolongan dari Allah menjayakan misi yang seumpama ini tapi dengan lebih baik lagi. yang penting, saya doakan moga dakwah gratis menjadi dakwah unggul dan tidak ada yang mahu meremehkannya kerana sifat dakwah para anbiya itu adalah GRATIS!

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."[Surah Syu'ara' ayat 109, 127, 145, 164, 180]

“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk”.[Surah Yasin ayat 21]