Komik Sobar

"Sobar"
Sinopsis:
Mengisahkan Sobar seorang murid darjah 6 berusaha bersabar menempuh ujian demi ujian menimpanya.

33 muka surat

[Baca di Blog Komik][Baca di G+][Baca di Facebook][Download ZIP-JPEG][Download PDF]


Ulasan:

Sebuah komik yang terinspirasi dari keinginan aku untuk menasihatkan agar sahabatku Dee terus bersabar dengan ujian dan cabaran hidup yang dialaminya. Namun akhirnya jalan ceritanya mencurah-curah panjang dan aku berniat untuk buat sekuel komik ini di masa depan bertajuk Aktivis dan Kelab Futuwwah Revolution.

Kisah Lukisan Poster Mahram


Gambar ini diambil di sebuah jabatan kerajaan. Kelihatan di situ lukisan poster yang saya lukis pada Mei 2012 berkenaan mahram khususnya dengan siapa boleh kita bersalam, wajib berhijab atau haram bercampur ditampal.

Poster tersebut buat pertama kalinya diupload di facebook pada 7 Mei 2012 untuk versi perempuan, dan 8 Mei 2012 untuk versi lelaki.

Boleh lihat di sini:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=220146931421781&set=a.211191478983993.30628.100002794267166

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=220399008063240&set=a.211191478983993.30628.100002794267166

http://contengmfr.blogspot.com/2012/05/dengan-siapa-saya-haram-bersalam-dan.html

http://contengmfr.blogspot.com/2012/05/dengan-siapa-saya-wajib-berhijab-dan.html

Latar belakang terhasilnya poster ini adalah daripada isteri saya sendiri apabila saya berbincang dengannya tentang sepupu perempuan saya yang bersekolah rendah sering tidak berhijab dan menghulur tangan pada saya setiap kali ziarah ke rumahnya. Saya merasakan penting untuk sepupu saya itu memahami bahawa saya adalah bukan mahram baginya dan wajib dia berhijab dan haram untuk dia bersalam dengan saya.

Saya merujuk banyak tulisan para asatizah yang menerangkan tentang konsep mahram di blog, web, mahupun forum maya. Lalu satu petang, saya melukis dengan cincai dan terhasillah poster yang sangat komplikated tersebut.

Dalam mendepani komen-komen yang merungut betapa peningnya kepala mereka melihat poster tersebut, maka saya telah menyebut dalam salah satu komen, bahawa jika ada yang berniat untuk melukis semula poster tersebut, silakanlah. Moga-moga saya masih mendapat saham dalam usaha pembaikan tersebut.

Sudah lebih setahun berlalu sejak poster tersebut tersebar secara gratis 200%. Saya melihat beberapa pihak telah menghasilkan design yang hampir serupa.

Contohnya karya Wan Muhd Ali ini:
http://idakwah.com/wp-content/uploads/2012/08/poster-mahram-lelaki.jpg

http://idakwah.com/wp-content/uploads/2012/08/poster-mahram-perempuan1.jpg

Dan bila saya search Wan Muhd Ali juga telah menghasilkan versi yang lain juga malah turut menjualnya:

http://wanwma.com/perkahwinan-2/poster-siapa-mahram-saya/

Saya lihat karya Wan Muhd Ali ini lebih kemas daripada karya saya. Namun saya hairan mengapa ayat "Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam" atau "Dengan siapa haram bersalam dan bercampur" itu dikekalkan? Saya amat pasti itu adalah ayat rekaan saya kerana ayat itu terhasil atas latar belakang cerita di sebaliknya.

Adakah Wan Muhd Ali mahu merekodkan poster saya adalah rujukan karyanya. Bagi saya, Wan Muhd Ali boleh menghasilkan ayat tersendiri dengan karyanya yang kemas itu.

Lagi satu, poster Wan Muhd Ali yang dijual itu membezakan mahram kekal dan bukan mahram. Padahal ada yang diletakkan sebagai bukan mahram itu sebenarnya adalah mahram sementara. Dalam poster saya, saya membezakan mahram kekal dengan haram bersalam/wajib berhijab. Sebab saya sedar dalam golongan yang kita haram bersalam di antaranya juga adalah mahram sementara. status mahram sementara tetap mahram (haram dinikahi) tetapi hukum bersalam, berhijab dan bercampur adalah sama seperti hukum bukan mahram. Sebab itulah saya fokuskan isu bersalam, berhijab dan bercampur kerana itu lebih praktikal berbanding mengetahui pecahan mahram, mahram kekal dan mahram sementara. Ertinya poster Wan Muhd Ali salah dari segi klasifikasi istilah.

Berbeza dengan satu lagi karya yang dicetak yang saya jumpa di internet ini:
http://2.bp.blogspot.com/-Nq30xv9-EtE/T_gY5T2RQYI/AAAAAAAAAwU/Tm-3obeiNf4/s1600/wajibhijab.jpg

Bukan saja pengkarya ini mengekalkan ayat saya dalam poster malah susunan kotaknya juga sebiji cara saya susun dengan cincai itu. Ertinya dia hanya kemaskan segi kotak, warna poster dan watak di tengah sahaja.

Kes yang lebih aneh adalah apa yang dilaporkan oleh azharazfar.com ini:
http://azharazfar.com/v1/mahram-bagi-lelaki-dan-mahram-bagi-perempuan/

Beliau mendakwa beliau membeli poster tersebut dari seorang ustaz dan ustaz itu mendakwa poster yang dihasilkannya itu mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan! Ini bermakna usaha beliau menghasilkan poster itu sejak 2009!

Saya memerhatikan poster yang dikatanya dihasilkan sejak 2009 itu, jelas dan terang sebiji susunan kotaknya seperti karya Wan Muhd Ali! Jika karya Wan Muhd Ali mengekalkan ayat saya dalam karyanya itu membuktikan Wan Muhd Ali merujuk poster saya, maka semestinya poster ustaz itu juga hanya terhasil selepas poster saya terhasil kerana ayat saya juga ada dalam poster ustaz itu.

Maka apa benda yang ustaz itu buat sejak 2009, sedangkan poster saya hanya publish pada 7 Mei 2012 dan Wan Muhd Ali menghasilkan karyanya merujuk poster saya selepas itu.

Terbukti terang lagi bersuluh ustaz itu pendusta!

Saya tidak ada masalah langsung karya saya dirujuk, disalin atau diperbaiki. Memang jika menjual poster yang saya hasilkan padahal ia gratis adalah agak zalim, tapi apabila anda melukis semula dan menjual hasil karya anda, saya anggap anda menjual hasil usaha anda walaupun anda merujuk karya saya. Saya menyokong untuk kita sama-sama salin dan tiru apa yang baik. Kerana asas dakwah adalah salin dan tiru atau dinamakan juga teladan. Saya anti orang yang merasakan hasil usahanya adalah hak milik dirinya. Dalam masa yang sama, ia bangga usahanya itu dakwah. Hoi, jika dakwah, maka berbanggalah jika ada orang salin dan tiru usaha dakwah anda. Itulah motif dakwah, agar orang lain dapat salin, tiru dan sebar-sebarkan.

Namun, berdusta itu dosa. Janganlah berdusta. Bagaimana mungkin karya muncul 2012 yang anda rujuk, anda mengaku yang anda usahakan sejak 4 tahun sebelum itu! Jangan amalkan dusta. Ia merosakkan dakwah.

Tadi saya search juga mahram chart, dan saya lihat ada juga beberapa idea mahram chart yang dibuat orang lain, yang saya pasti mereka tak rujuk poster saya.

Contohnya:
http://www.sijny.org/new/docs/article/755/Mahram&Non-MahramChart.pdf

http://abdullah-alislam.blogspot.com/2012/08/mahram-chart-men-women.html

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Mahrams_Chart.png

Sekian.

DOWNLOAD KOLEKSI KOMIK PERMINTAAN 1433H-1434H

KOLEKSI KOMIK PERMINTAAN 1433H-1434H
127 MUKA SURAT

1. ‎"Main Mercun Semasa Solat Tarawih" -atas permintaan NISA' Alor Setar
2. ‎"Berpakaian Tak Sopan Di Bulan Ramadhan" -atas permintaan NISA' Alor Setar
3. ‎"Aurat Perempuan Dengan Sepupu Lelaki Dan Abang Ipar"- permintaan Tg Fatin
4. ‎"Tumpang Tanya.."-permintaan Kamal Yeah
5. "Allah Maha Melihat"- permintaan Fatihah Amni
6. "Bidadari Dunia"- permintaan Nurul Winchester
7. "Hamba Ramadhan Atau Hamba Allah?"- permintaan Faria Eytonez
8. ‎"Infaq Cinta"- permintaan Imran Muhammad Fadhil
9. ‎"Demam Merajuk"- permintaan Imran Muhammad Fadhil
10. ‎"Kahwin Awal"- permintaan Nabil Nabilah
11. "Puasa Tapi Tak Tutup Aurat Dan Tak Solat"- permintaan نور عيوشة
12. "Kawan Sejati= Sahabat" - permintaan Najmi Sulaiman
13. ‎"Dosa Internet" - permintaan ****** ****
14. ‎"Berkongsi Ilmu Bukan Kerna Nama"-permintaan Syahir Samsudin
15. "Mengumpat Di Bulan Ramadhan" - permintaan Afiqah Affa
16. "Panduan Aurat Sesama Perempuan"- permintaan Afiqah Affa
17. "Couple Membawa Padah"-permintaan Imran Muhammad Fadhil
18. ‎"Adab Terhadap Ulama"- permintaan ******* ******
19. ‎"Berpuasa Tapi Tak Solat" - permintaan Nisa' Alor Setar
20. "Alert Kesusahan Saudara SeIslam" -permintaan Are'cya Baharudin
21. "Dakwah Itu Cinta" -permintaan Dek Nur
22. "Pakaian Ketat Tak Tutup Aurat"- permintaan Nur Kamilah
23. "Tinggalkanlah Bacaan Sia-sia"- permintaan Haziq Adli
24. "Tinggalkanlah Cinta Pada K-Pop"- permintaan Haziq Adli
25. "Dakwah Buat Tentera Malaysia" -permintaan لقمان الحكيم كيمي
26. "Badar Rangerz" -permintaan Haziq Adli
27. "Ukhuwwah Dengan Sifat Al-Itsar" -permintaan Nurul Syuhada Zainol Abidin
28. "Adab Menyampaikan Rasa Tidak Puas Hati" -permintaan Qarinah Muizzah
29. "Junior Muhajirin, Senior Ansar" - permintaan Athirah Soul Artwork
30. "Hukum Warna Rambut" - permintaan Haziq Adli
31. "Hipokrit Dalam Bersyariat" - permintaan Ali Mohamed
32. " Hijabista La La La" - permintaan Ali Mohamed
33. "Rukun Jual Beli" - permintaan Ilwan Hanafi
34. " Islam dan Alam Sekitar" - permintaan Wan Nurhidayat Wan Muhamad
35. "Revolusi Fesyen Muslimah" - permintaan Syed Putra Haizam
36. " Saya sakit, saya solat, saya OK" - permintaan Muhammad Syukri
37. "Adab Tandas" - permintaan Ummu Khadijah Safiya
38. " Jangan Buat Hal-hal Mendekati Zina" -permintaan Nur Zahra
39. "Kebersihan Itu Sebahagian Iman" - permintaan Nur Zahra
40. " Psy, Jangan Datang Malaysia Untuk Ber'Gangnam' " - permintaan Mohd Hazwan Ab Halim
41. " Walimatul Urus Mengikut Sunnah " - permintaan Gulichester Reloaded
42. " Walimah-walimah Yang Tidak Syar'ie " - permintaan Lok Man
43. " Dagu Aurat Atau Tidak? " - permintaan Najwa Elyani Kamal
44. " 18 Usaha Seorang Muslim Untuk Khusyuk Solat " - permintaan Khadijah Kamilah
45. " Bangun Tidur Ikut Sunnah " - permintaan Cahaya Azian
46. " Tatacara Wudhu' Mengikut Sunnah & Sunnah Yang Dituntut Ketika Berwudhu' " - permintaan Cahaya Azian
47. " Sunnah Bersiwak & Waktu Sunnah Bersiwak " - permintaan Cahaya Azian
48. " Sunnah Berkaitan Kasut " - permintaan Cahaya Azian
49. " Berpakaian Menurut Islam & Sunnah Ketika Berpakaian " - permintaan Cahaya Azian
50. " Sunnah Sebelum Tidur " - permintaan Cahaya Azian
51. " Adab Makan & Minum Yang Dianjurkan" - permintaan Cahaya Azian
52. " Adab Makan & Minum Yang Perlu Dielak/Dijauhkan/Dilarang" - permintaan Cahaya Azian
53. " Adab Masuk Dan Keluar Rumah " - permintaan Cahaya Azian
54. " Sunnah Ketika Ke Masjid " - permintaan Cahaya Azian
55. " Sunnah Ketika Bertemu Saudara SeIslam " - permintaan Cahaya Azian
56. " Darah Positif VS Darah Negatif " - permintaan Santiago de Andrade
57. " Sangka Buruk " - permintaan Mirul Awang
58. " Ikhtilat " - permintaan Fariz Zulkiply
59. " Common Sense " - permintaan Athirah Taha
60. "Komik Media Sosial" - permintaan Haney Bu
61. "Komik Menjelang SPM" -permintaan Haziq Adli
62. "Awas! Perlahankan Suaramu Dalam Masjid" -permintaan Farah Hanisah dan Nadwah Azizah
63. "Komik Apa itu Islam Liberal?" - permintaan Fadilah Ahmed Supian
64. " 7 Prinsip Pemersatu Umat " - permintaan Julaibeeb Jamaluddin

MAHU CETAK KOMIK MFR DALAM TERBITAN ANDA?


Mahu mencetak untuk terbitan? Download saja, terus terbit dan cetak tanpa perlu mohon izin. Gratis 200%. Ia milik Umat.

Laman untuk download:

http://mfrstudio.blogspot.com/
http://www.mediafire.com/?y60ceqn9ec5on
http://contengmfr.blogspot.com/

Komik "7 Prinsip Pemersatu Umat"

"7 Prinsip Pemersatu Umat"
Sinopsis:
Sebuah komik permintaan dari Julaibeeb Jamalludin berkenaan 7 Prinsip Pemersatu Umat.

15 muka surat

[Baca di Blog Komik][Baca di G+][Baca di Facebook][Download ZIP-JPEG][Download PDF]


Ulasan:

Hampir sebulan saya cuba mencuri masa menyiapkan komik ini. Asalnya permintaan Saudara Julaibeeb cuma meminta komik berkisar tentang kumpulan pemersatu yang sering disalah anggap dan difitnah sebagai khadam musuh atau pemecah belah umat. Maka saya merancang tajuk komiknya adalah "Pemersatu yang dituduh khadam musuh". Namun lama saya berfikir bahawa isu mempersatukan umat ini isu besar yang perlu difikirkan sebagai prinsip bersama. Maka akhirnya saya merangka 7 prinsip asas yang saya kira boleh memperkuatkan mana-mana kumpulan Islam yang mahu menjadi Pemersatu Umat. Maka lahirlah komik 7 Prinsip Pemersatu Umat. Komiknya seperti biasa berdialog panjang. Mungkin ramai melahirkan rasa tak suka membaca komik berdialog panjang. Namun alhamdulillah, masih ada juga yang sudi membaca. Asalkan ada manfaat, saya kira ia wajar untuk terus direkodkan komik sebegini. Ia untuk redha Allah, ia untuk masa depan umat. Sekian.



Komik "Apa itu Islam Liberal?"


"Apa itu Islam Liberal?"
Sinopsis:
Sebuah komik permintaan dari Fadilah Ahmed Supian. Mengisahkan seorang siswa bertanyakan Prof.Malik seorang profesor matematik mengenai apa itu Islam Liberal.

6 muka surat

[Baca di Blog Komik][Baca di G+][Baca di Facebook][Download ZIP-JPEG][Download PDF]

Ulasan:
Permintaan dari saudari Fadilah a.k.a Dilafas ini sebenarnya sangat mencabar. Saya terpaksa membaca tulisan Charles Kurzman, Lutfie Assyaukanie, Nurcholish Madjid, Astora Jabat dan Fathi Aris Omar. Kemudiannya membaca pula bantahan ke atas Islam Liberal oleh Dr Ugi Suharto, Kapten Hafiz Firdaus, dan lain-lain bacaan umum di google search. Cabarannya bukan kepada membaca tulisan-tulisan itu, tetapi bagaimana tulisan-tulisan itu untuk ditukar menjadi sebuah komik yang boleh dibaca dengan mudah. Ini saja hasil paling terbaik dapat saya lakukan bagi memenuhi permintaan ini, di kala badan saya sedikit kepenatan untuk memenuhi dua tanggungjawab sebagai seorang ayah/suami dan seorang pekerja penyelidik. Semoga bermanfaat untuk umat. ameen.

DOWNLOAD SEGERA: NASIHAT BUAT ORANG POLITIK SEMPENA PRU13


Bismillah,

Karya "Nasihat Buat Orang Politik Sempena PRU13" format PDF, 4.25MB, 40 mukasurat, Percuma 200%.

disunting dari karya asal "Komik Nasihat Buat Orang Politik Malaysia 2012"

Download :
http://www.mediafire.com/?9qslvbvk0vo8ap8

Baca online:
http://www.mediafire.com/view/?9qslvbvk0vo8ap8

6 SIFAT AHLI PARLIMEN YANG TAK LAYAK



6 PERKARA TENTANG PARTI POLITIK


Pengajaran:
1. Islam mewajibkan memberi amanah pada yang layak, bukan atas nama Parti Politik.
2. Jangan angkuh merasakan diri layak memimpin sebelum yang dipimpin mengiktiraf kepimpinan kita.
3. Musyawarah bersama rakyat penting dalam mentuntaskan solusi buat umat.
4. Mencalonkan seseorang untuk jawatan mestilah dari kelayakan yang diiktiraf umat bukan diiktiraf kelompok sendiri saja.
5. Fokuslah solusi untuk masalah umat bukan gosip politik populis yang tak ke mana.
6. Bergaduh itu tidak baik, berdamai itu yang terbaik untuk semua. Buktinya:

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda : Setiap anggota tubuh manusia dapat melakukan sodaqoh, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sodaqoh, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraannya atau mengangkatkan barangnya adalah sodaqoh, ucapan yang baik adalah sodaqoh, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sodaqoh dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sodaqoh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekian.

Komik "Awas! Perlahankan Suaramu Dalam Masjid"


"Awas! Perlahankan Suaramu Dalam Masjid!"
Sinopsis:
Sebuah komik permintaan dari Farah Hanisah dan Nadwah Azizah. Mengisahkan teguran dua pemuda kepada tiga kanak-kanak yang buat bising dalam masjid ketika mereka solat.

5 muka surat


[Baca di Blog Komik][Baca di G+][Baca di Facebook][Download ZIP-JPEG][Download PDF]

Ulasan:

Ini merupakan komik penutup tahun 2012, sebuah komik permintaan dari Farah Hanisah dan Nadwah Azizah, yang kebetulan meminta komik bertema yang sama iaitu "larangan buat bising dalam masjid" yang baru dapat saya siapkan setelah lama mereka memohon komik. Saya percaya kedua-dua mereka pelajar asrama yang prihatin terhadap suasana surau atau musolla masing-masing. Bukan saja di sekolah, saya lihat di masjid-masjid juga masih ada remaja, kanak-kanak malah orang dewasa yang tak faham bahawa buat bising dalam masjid akan mengganggu solat orang lain, juga ketika solat jumaat kita dilarang bercakap semasa khutbah. Mungkin fenomena ini Allah ujikan terus menerus dalam masyarakat kita agar kita terus menyampaikan dakwah tanpa henti dan masjid berjaya diimarah secara tertib dan baik.