Komik Sobar

"Sobar"
Sinopsis:
Mengisahkan Sobar seorang murid darjah 6 berusaha bersabar menempuh ujian demi ujian menimpanya.

33 muka surat

[Baca di Blog Komik][Baca di G+][Baca di Facebook][Download ZIP-JPEG][Download PDF]


Ulasan:

Sebuah komik yang terinspirasi dari keinginan aku untuk menasihatkan agar sahabatku Dee terus bersabar dengan ujian dan cabaran hidup yang dialaminya. Namun akhirnya jalan ceritanya mencurah-curah panjang dan aku berniat untuk buat sekuel komik ini di masa depan bertajuk Aktivis dan Kelab Futuwwah Revolution.

Kisah Lukisan Poster Mahram


Gambar ini diambil di sebuah jabatan kerajaan. Kelihatan di situ lukisan poster yang saya lukis pada Mei 2012 berkenaan mahram khususnya dengan siapa boleh kita bersalam, wajib berhijab atau haram bercampur ditampal.

Poster tersebut buat pertama kalinya diupload di facebook pada 7 Mei 2012 untuk versi perempuan, dan 8 Mei 2012 untuk versi lelaki.

Boleh lihat di sini:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=220146931421781&set=a.211191478983993.30628.100002794267166

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=220399008063240&set=a.211191478983993.30628.100002794267166

http://contengmfr.blogspot.com/2012/05/dengan-siapa-saya-haram-bersalam-dan.html

http://contengmfr.blogspot.com/2012/05/dengan-siapa-saya-wajib-berhijab-dan.html

Latar belakang terhasilnya poster ini adalah daripada isteri saya sendiri apabila saya berbincang dengannya tentang sepupu perempuan saya yang bersekolah rendah sering tidak berhijab dan menghulur tangan pada saya setiap kali ziarah ke rumahnya. Saya merasakan penting untuk sepupu saya itu memahami bahawa saya adalah bukan mahram baginya dan wajib dia berhijab dan haram untuk dia bersalam dengan saya.

Saya merujuk banyak tulisan para asatizah yang menerangkan tentang konsep mahram di blog, web, mahupun forum maya. Lalu satu petang, saya melukis dengan cincai dan terhasillah poster yang sangat komplikated tersebut.

Dalam mendepani komen-komen yang merungut betapa peningnya kepala mereka melihat poster tersebut, maka saya telah menyebut dalam salah satu komen, bahawa jika ada yang berniat untuk melukis semula poster tersebut, silakanlah. Moga-moga saya masih mendapat saham dalam usaha pembaikan tersebut.

Sudah lebih setahun berlalu sejak poster tersebut tersebar secara gratis 200%. Saya melihat beberapa pihak telah menghasilkan design yang hampir serupa.

Contohnya karya Wan Muhd Ali ini:
http://idakwah.com/wp-content/uploads/2012/08/poster-mahram-lelaki.jpg

http://idakwah.com/wp-content/uploads/2012/08/poster-mahram-perempuan1.jpg

Dan bila saya search Wan Muhd Ali juga telah menghasilkan versi yang lain juga malah turut menjualnya:

http://wanwma.com/perkahwinan-2/poster-siapa-mahram-saya/

Saya lihat karya Wan Muhd Ali ini lebih kemas daripada karya saya. Namun saya hairan mengapa ayat "Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam" atau "Dengan siapa haram bersalam dan bercampur" itu dikekalkan? Saya amat pasti itu adalah ayat rekaan saya kerana ayat itu terhasil atas latar belakang cerita di sebaliknya.

Adakah Wan Muhd Ali mahu merekodkan poster saya adalah rujukan karyanya. Bagi saya, Wan Muhd Ali boleh menghasilkan ayat tersendiri dengan karyanya yang kemas itu.

Lagi satu, poster Wan Muhd Ali yang dijual itu membezakan mahram kekal dan bukan mahram. Padahal ada yang diletakkan sebagai bukan mahram itu sebenarnya adalah mahram sementara. Dalam poster saya, saya membezakan mahram kekal dengan haram bersalam/wajib berhijab. Sebab saya sedar dalam golongan yang kita haram bersalam di antaranya juga adalah mahram sementara. status mahram sementara tetap mahram (haram dinikahi) tetapi hukum bersalam, berhijab dan bercampur adalah sama seperti hukum bukan mahram. Sebab itulah saya fokuskan isu bersalam, berhijab dan bercampur kerana itu lebih praktikal berbanding mengetahui pecahan mahram, mahram kekal dan mahram sementara. Ertinya poster Wan Muhd Ali salah dari segi klasifikasi istilah.

Berbeza dengan satu lagi karya yang dicetak yang saya jumpa di internet ini:
http://2.bp.blogspot.com/-Nq30xv9-EtE/T_gY5T2RQYI/AAAAAAAAAwU/Tm-3obeiNf4/s1600/wajibhijab.jpg

Bukan saja pengkarya ini mengekalkan ayat saya dalam poster malah susunan kotaknya juga sebiji cara saya susun dengan cincai itu. Ertinya dia hanya kemaskan segi kotak, warna poster dan watak di tengah sahaja.

Kes yang lebih aneh adalah apa yang dilaporkan oleh azharazfar.com ini:
http://azharazfar.com/v1/mahram-bagi-lelaki-dan-mahram-bagi-perempuan/

Beliau mendakwa beliau membeli poster tersebut dari seorang ustaz dan ustaz itu mendakwa poster yang dihasilkannya itu mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan! Ini bermakna usaha beliau menghasilkan poster itu sejak 2009!

Saya memerhatikan poster yang dikatanya dihasilkan sejak 2009 itu, jelas dan terang sebiji susunan kotaknya seperti karya Wan Muhd Ali! Jika karya Wan Muhd Ali mengekalkan ayat saya dalam karyanya itu membuktikan Wan Muhd Ali merujuk poster saya, maka semestinya poster ustaz itu juga hanya terhasil selepas poster saya terhasil kerana ayat saya juga ada dalam poster ustaz itu.

Maka apa benda yang ustaz itu buat sejak 2009, sedangkan poster saya hanya publish pada 7 Mei 2012 dan Wan Muhd Ali menghasilkan karyanya merujuk poster saya selepas itu.

Terbukti terang lagi bersuluh ustaz itu pendusta!

Saya tidak ada masalah langsung karya saya dirujuk, disalin atau diperbaiki. Memang jika menjual poster yang saya hasilkan padahal ia gratis adalah agak zalim, tapi apabila anda melukis semula dan menjual hasil karya anda, saya anggap anda menjual hasil usaha anda walaupun anda merujuk karya saya. Saya menyokong untuk kita sama-sama salin dan tiru apa yang baik. Kerana asas dakwah adalah salin dan tiru atau dinamakan juga teladan. Saya anti orang yang merasakan hasil usahanya adalah hak milik dirinya. Dalam masa yang sama, ia bangga usahanya itu dakwah. Hoi, jika dakwah, maka berbanggalah jika ada orang salin dan tiru usaha dakwah anda. Itulah motif dakwah, agar orang lain dapat salin, tiru dan sebar-sebarkan.

Namun, berdusta itu dosa. Janganlah berdusta. Bagaimana mungkin karya muncul 2012 yang anda rujuk, anda mengaku yang anda usahakan sejak 4 tahun sebelum itu! Jangan amalkan dusta. Ia merosakkan dakwah.

Tadi saya search juga mahram chart, dan saya lihat ada juga beberapa idea mahram chart yang dibuat orang lain, yang saya pasti mereka tak rujuk poster saya.

Contohnya:
http://www.sijny.org/new/docs/article/755/Mahram&Non-MahramChart.pdf

http://abdullah-alislam.blogspot.com/2012/08/mahram-chart-men-women.html

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Mahrams_Chart.png

Sekian.