REVIEW PENGKARYA KOMIK DAKWAH ONLINE YANG MENGINSPIRASI SAYA

Ini perkara yang dah lama saya nak buat, maka saya rasa saya patut buat segera sebelum saya offline.

1. KAMAL SAN

Dalam hidup online saya yang boleh dikatakan bermula tahun 2004, melayari internet di perpustakaan Univ Malaya, karya komik dakwah Kamal San adalah pertama yang saya temui dan baca. Thread di pergh.com pada tahun 2003 yang bermula dengan soalan Sdr.Masri "takde komik dakwah ke?" hingga jawapan Icesoul dan Wanzu yang membawa kepada link-link komik Kamal San adalah thread forum legend di hati saya. Saya selalu membaca thread itu dalam menolak diri saya untuk mula melukis komik dakwah. Namun sering komik-komik yang saya lukis, hanya berakhir sekerat jalan dan saya tak letak online kerana bila saya baca semula komik saya lukis, saya tak yakin saya mampu menyampaikan sepertimana komik Kamal San telah sampaikan yang menusuk ke sanubari saya.

Saya memandang tinggi Kamal San kerana isi-isi komiknya membuatkan saya percaya Kamal San melukis dengan penuh ikhlas semata-mata kerana Allah dan mahu melangsaikan tanggungjawab dan kewajipan dakwah. Saya ingin jadi seperti Kamal San, saya juga mahu capai ikhlas, saya juga mahu tulus melangsaikan amanah dakwah. Saya ingin segala-gala rasa yang saya rasa ketika baca komik Kamal San muncul juga jika saya baca komik saya sendiri. Saya ingin hasilkan komik dakwah yang menyentap jiwa diri sendiri tanpa ada apa-apa agenda lain yang terpesong.
Saya selalu ingin baca karya-karya terbaru Kamal San, saya ingin dalami apa yang Kamal San ada dalam tarbiyah-tarbiyah yang beliau jalani.

Karya-karya Kamal San masih boleh dibaca di: http://ikomik.blogspot.com

2. DEE @ RUSYDEE ARTZ

Dia kawan baik saya. Saya mula kenal Dee lepas hantar karya Cinta Kambing Gurun ke Forum Alwancomics dalam tahun 2005, bila Dee tegur saya dalam pm. Saya pun hairan kenapalah karya picisan itu memberikan sentuhan di jiwa Dee ini hingga nak berkawan dengan saya, sedangkan dia lebih hebat melukis dan mewarna hingga ke tahap pro. Lepas dah kenal lebih rapat melalui YM, barulah saya tahu muka Dee macam muka hero dalam komik Cinta Kambing Gurun itu. Tak adalah sama, tapi muka bujur, rambut belah tengah dan pakai spec itu memang gaya Dee waktu itu. Haha.

Sejak itu kami berkawan baik dan sering berlawan gusti menconteng-conteng khususnya semasa di oekaki.
Saya memang selalu tak setuju dengan cara Dee lukis pada awal-awal kenalnya, walaupun kadang-kadang cair jugak dengan watak-watak perempuannya. Tapi dia selalu setia dengar syarah dan ceramah garang kutuk maki saya pada dirinya. Tak tau lah betul ke setia dengar, sebab kami berkawan jarak jauh, saya di Jepun dan Dee di Klate, saya pun hanya marah-marah Dee guna YM saja, walaupun memang saya menaip laju-laju waktu marah hingga menghentak-hentak keyboard dengan garangnya. Tapi Dee hanya diam dan baca yang kadang-kadang membuatkan setan lebih menghasut saya untuk lebih naik gila. Haha, entahlah zaman yang sangat kelakar pulak yang penuh aib sana sini yang tak wajar saya dedahkan.

Tapi lepas Dee muncul sebagai Syabab Musafir Kasih dan Rusydee Artz di facebook, lukisan dan komik yang dia hasilkan memang menginspirasi saya. Cuma saya jarang nak puji dia, sebab tak nak kawan baik jatuh dengan pujian. Bila saya nampak tak betul saja, saya ada tegur sikit-sikit, sebagai bukti kasih sayang. Tapi menyampah juga dengan fan perempuan dia yang bengang tak tentu tempat kalau saya tegur Dee. Saya sayang kawan saya, saya tegurlah, apa masalah? Saya tak kan nasihat dan beri teguran kalau tak sayang. Kalau terdetik di hati saya rasa benci, saya suka berpaling saja.

Dee kawan yang baik. Dia sudi teman saya membelah 5 negeri menjejak tokoh tahun 2008. Dia orang yang suka bertaubat. Dia benar-benar berusaha menuntut ilmu tak putus-putus hingga capai apa yang dia capai sekarang.Pesan-pesan melalui lukisan dia walaupun dia jarang lukis komik, selalu jadi bacaan ribuan orang. Kalau dia lukis komik, letak dialog panjang, tak ada seketul umat pun yang akan komplen dialog komik dia panjang. Hebat tak hebat aura dia berjaya buat orang fokus pada pesan-pesannya.

Malas nak review lebih panjang, Dee orang yang terkenal, hampir kesemua yang follow saya sebenarnya followers Dee. Dia hebat melukis dan menulis, boleh baca karya-karyanya di facebook: www.facebook.com/syababmusafirkasih , www.facebook.com/SyababMusafirKasihMu

3. FRESHIE @ UMMU IFFAH

Dulu saya fikir Freshie adalah geng Wanzu, waktu saya anti pada dasar-dasar Wanzu dalam Alwancomics. Kira orang yang perlu diwaspadai, macam Icesoul. Haha. Tapi inilah orangnya yang jadi fan karya saya secara tak tentu hala, apabila saya kesan dia promosi sana sini dari satu forum ke satu forum, bukan saja lukisan saya, malah puisi, tulisan dan semuanya. Saya tak suka orang perangai macam ni. Dah macam taksub. Itu waktu awal-awallah sebelum Freshie join oekaki dan berlawan conteng-conteng dengan saya dan Dee. Sebab hanya kenal online saja, dan sebab Freshie cepat terpengaruh dengan saya dan Dee, maka kami selalu lupa dia seorang perempuan.
Karya legend Freshie yang paling menginspirasi saya dan ramai orang, saya kira adalah Komik Untukmu, adaptasi cerpen Umair Zulkefli. Ramai kapel-kapel break up lalu bertaubat dan menuju tarbiyah lepas baca komik Freshie. Huhu.

Karya-karya Freshie antara yang paling digemari waktu kemuncak zaman kegemilangan ILuvIslam. Sekarang Freshie dah kurang berkarya saya tengok. Mungkin dia selesa baca komik saya dan lukisan Dee saja agaknya. Saya harap lepas saya offline, Freshie akan bangkit semula berkarya dengan bertubi-tubi dan cepat-cepat bertemu jodoh. ameen.

Karya Freshie boleh gali di: http://kangensyurga.blogspot.com

4. HIKARI

Saya tak kenal siapa Hikari ini sebenarnya. Tapi dia antara saki baki pengkarya di Alwancomics rasanya. Sejak Hikari letak komik-komik yang dia lukis semasa menuntut di Rusia, saya sering membacanya dan memang menginspirasikan. Mungkin kerana Hikari telah kongsikan bahan-bahan tarbiyah dari usrah yang dia jalani, menyebabkan saya dapat rasakan mesej dakwah yang tulus dari komiknya. Kelihatan Hikari tak lagi berkarya, mungkin terlalu sibuk sebagai doktor dan banyak cabaran hidup yang dia dah alami.

Karyanya boleh dibaca di sini: https://hikari2211.wordpress.com

5. DALE @ FADH AMN

Saya tak kenal siapa dia Dale ini, atau Fadh Amn atau rasanya ada adik dia juga terlibat dalam produksi komik-komik dakwah mereka. Saya hanya mula kenal dan kagum dengan hasil kerja mereka semasa sibuk mempromosikan Cabaran 1000 Komik Dakwah, suatu cabaran yang waktu itu ramai yang rasa mustahil, yang hari ini dah tak mustahil beribu-ribu komik dakwah online tumbuh dengan banyaknya.

Freshie ada kata Dale ini telah bangunkan Doodle Dakwah kerana mahu menyahut cabaran 1000 komik dakwah tersebut. Tapi saya kira Doodle Dakwah yang dibangunkan Dale lebih hebat dari cabaran 1000 komik dakwah yang saya cetuskan. Mungkin kerana saya fokus pada blog dan Doodle Dakwah di Fesbuk. Doodle Dakwah berkembang dengan hebatnya, mencungkil minat melukis ramai anak muda untuk melukis komik dakwah tanpa bimbang rasa rendah diri pada mutu lukisan. Makin ramai orang berdakwah, makin tersebar banyak peringatan, makin semua orang tidak lupa pada tanggungjawab sebagai Muslim. Saham-saham Doodle Dakwah sangat besar, cuma saya nampak Dale dah tak seproduktif dulu. Mungkin dia dah sibuk atau rasa sudah ramai boleh doodle berdakwah.
Karya-karya Dale boleh gali di: https://www.facebook.com/DoodleDakwah
Kalau nampak watak botak tak ada rambut tu, Dale lah lukis tu.

6. NUREL YANA MAURAD

Saya baca komik Nurel bertajuk The Pious Student sewaktu dia berkarya di deviantart memang saya sangat kagum dengan ketulusan penyampaian komiknya. Walaupun kisah itu saya pernah baca sebelumnya, tapi Nurel telah berjaya meletakkan perasaan tanpa kata-kata dalam komiknya itu. Saya benar-benar rasa Nurel ini memang yana8nurelbdkbaik. Ternyata ramai orang menginsafi penyampaian komik itu dan kelebihan dialog bahasa inggeris menjadikan komik itu tersebar lebih luas pada pembaca seluruh dunia.

Saya benar-benar berharap Nurel ini akan jadi pelukis komik dakwah yang masyhur. Amat rugi andai pesan-pesan dakwah yang ada dalam diri Nurel, tarbiyah-tarbiyah yang ia jalani, bacaan-bacaan ilmiah yang dia telusuri dibazirkan. Saya harap karya-karya Nurel akan datang, muncul dengan semangat yang sama seperti The Pious Student, seperti komik Kamal San dan Hikari yang berkongsi tarbiyah dalam komik.
Boleh terus sokong semangat Nurel sebagai potensi besar dalam karya dakwah di page nya: https://www.facebook.com/pages/Nurel/1405386423009199
___________________________________
Saya ada banyak lagi pengkarya yang saya tak sebutkan yang menginspirasi saya, termasuk sahabat saya sendiri yang sudah kembali muncul dalam platform Mat Komik atas nama Kanben Studio, atau pengkarya yang saya tak kenal rapat yang punya inspirasi tersendiri seperti Temerity, Afiq Nashiron, Farish Ibnu Addin, Amir Mustaqim, dan banyak lagilah pengkarya komik dakwah sekarang sehingga kalau dibuat buku review kesemua mereka boleh cecah 1000 pages.

Saya hanya seorang pengkarya picisan. Offline seorang mfr ini, tak beri kesan pun pada perjuangan komik dakwah. Yang memberi kesan adalah apabila muncul golongan yang mendefinisikan dakwah dan syariat kepada maksud yang terpesong. Mereka akan buat banyak anak muda salah faham tentang dakwah islam, semangatnya dilunturkan, tulus ikhlas perjuangannya dipadam, matlamat mencapai redha Allah yang berselang seli antara rasa takut, bimbang, berdebar, sedih berhujan air mata dan semangat membara mempertahankan ketinggian Islam, Quran, Hadis dan Syariat akan jadi luput.

Apa-apa pun Islam tetap akan menang dalam apa saja medan. Jika kita berjaya mengalahkan musuh, kita menang. Jika musuh berjaya mengalahkan kita, kita syahid dan tetap menang. Maka menanglah pada mereka yang dalam hidupnya semata-mata memperjuangkan Islam, Islam, Islam. Bak kata Tengku Asmadi, matlamat yang menghantui dirinya setiap masa.

Sekian.

mfr

SOALAN TENTANG KOMIK MFR STUDIO

Ini satu benda yang memang tak sepatutnya saya buat, tapi saya terfikir, orang yang komen tentang komik saya ni sebenarnya baca ke tidak komik saya. Jika mereka baca, kenapa kontra sangat argumennya. Jika mereka tidak baca, bagaimana mereka mampu komen?

1. Komik mfr studio copy paste hadis dan ayat quran, betul atau tidak?

Betul. Contohnya komik permintaan Nabil Nabilah "Kahwin Awal":
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=250428425060298&set=a.249749441794863.37057.100002794267166

2. Tak semestinya perlu copy paste hadis dan ayat quran untuk menyampaikan mesej, setuju atau tidak?

Setuju. Contohnya komik siri aqidah yang saya lukis bertajuk "Mencari Allah Dalam Sains?":
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=434989513270854&set=a.190040131099128.26772.100002794267166

3. Komik mfr studio banyak dialog panjang berjela, betul atau tidak?

Betul. Contohnya komik poster Q&A bertajuk "Bolehkah saya sebagai orang Islam dan beriman membawa kereta secara tak berdisiplin?" (tajuk pun panjang berjela, dialog lebih lagi berjela penuh satu muka):
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=224272631009211&set=a.211191478983993.30628.100002794267166

4. Bukan dialog panjang berjela saja boleh menyampaikan mesej, setuju atau tidak?

Setuju. Contohnya salah satu siri komik dialog pendek yang saya lukis bertajuk, "Bosan?":
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=363042497132223&set=a.362877837148689.1073741832.100002794267166

5. Pernah kamu cuba marketkan komik kamu dan proof komik kamu diterima ramai atau tidak?

Tak pernah. Tapi komik saya memang sudah ada di market tanpa pengetahuan saya lagi, contohnya "99 Panduan Muslim Sehari-hari" terbitan Melvana Publishing yang menterjemah dan dijual di Indonesia (Saya hanya tahu ia ada di market indonesia selepas terjumpa sendiri di internet):
http://new.bukabuku.com/browses/product/9786021362105/99-panduan-muslim-sehari-hari-in-comic.html

6. Kamu setuju atau tidak, komik Naruto itu patut dicontohi oleh pelukis muslim?

Setuju jika hanya mencontohi cara melukis tapi bukan rekaan watak dan isi ceritanya yang bercanggah dengan sunnatullah. Pelukis Muslim melukis untuk capai redha Allah, umpama hasil lukisannya ditayang di akhirat dan dia yakin Allah tidak akan murka dengan isi ceritanya. Jika isi cerita yang bercanggah dengan akidah dan sunnatullah, adakah kita yakin Allah akan redha dengan komik kita lalu mengganjari kita rahmatNya untuk ke syurga?

7. Kau ingat komik kau semua boleh buat kau masuk syurga?

Saya meniatkannya begitu, tapi saya akui saya juga lemah maka saya harap orang boleh beritahu saya komik saya yang mana yang tiada langsung kebaikan dan sebuah kegagalan dakwah. Selagi tiada orang beritahu saya, maka saya akan terus lukis dan tunggu. Alhamdulillah, saya syukur akhirnya Allah hadirkan juga komen yang beritahu saya komik saya tiada langsung kebaikan dan sebuah kegagalan dakwah, maka bolehlah saya hapuskan komik itu. Malangnya saya tak tahu komik mana satu. Jadi saya play safe, mungkin semualah komik saya sebegitu. Walaupun saya bukanlah buta dan pekak, bahawa ada yang rasa kebaikannya. jadi saya berlaku adil, dengan beri peluang siapa yang rasa kebaikan boleh download komik saya sehingga 31 Disember 2014 dan kemudian saya kena adil juga pada komen jujur yang komik saya ini tiada kebaikan, maka saya akan offlinekan semuanya nanti.

8. Awak ini tak gentle la, tak boleh terima pendapat langsung!

Pulak dah. Saya dah adil pada kedua-dua pendapatlah tu, beri download dan akan offline. Nak macam mana lagi?

9. Hang merajuk ka? butthurt

Saya cuba bertindak untuk raih redha Allah dan elak murka Allah pada saya. Beri download, moga yang terima kebaikan doakan saya dapat redha Allah. Offline, moga yang telah mudarat, tidak terus mudarat hingga Allah murka pada saya. Merajuk ape bende.

10. Kau ingat cara komik kau saja dakwah, cara orang lain bukan dakwah?

Saya tak pernah fikir satu cara saja dakwah. Tapi saya akan usaha semua cara yang saya mampu untuk berdakwah. Saya lukis macam-macam isu agama, politik, sosial, cinta, pendidikan, ekonomi dalam komik. Saya malah bukan saja melukis komik, saya pernah juga cuba tulis puisi, cerpen, artikel, berceramah di sekolah, dakwah di lapangan, dakwah di lorong-lorong, dari pintu ke pintu, dari masjid ke masjid, usaha bina biah solehah dalam komuniti pelbagai bangsa, dari usrah ke jaulah, dari tamrin ke uzlah dan apa sajalah yang saya mampu grab untuk usaha. Saya suka muslim berdakwah. Yang jadi isu apabila definisi dakwah islam mula dipesongkan dan tak ikut definisi yang digariskan oleh Allah dan Rasul. Hingga anggap semua seruan nilai murni itu dakwah islam walaupun bercampur hal batil, mereka kata komik Naruto itu dakwah islam, Digimon dan Pokemon itu dakwah islam. Jika semua seruan nilai murni yang bercampur batil boleh dianggap dakwah, maka kristianisasi juga akan dipandang dakwah islam, ajar manusia mencintai walaupun berakidah Allah ada bapa dan anak. Normalisasi seruan haq bercampur batil ini sama macam nak suruh orang tutup aurat tapi sebar gambar aurat, rasa meluat tak? Maka jangan cuba mencampurkan haq dan batil dalam komik, lalu mengaku itu juga komik dakwah islam.

11. Kau ini strict sangatlah.

Cuba baca komik "Hijab Bukan Aku" dan "Kenapa Bersedih Kerna Chenta?". Adakah saya strict sangat? Hakikatnya memang saya strict dan garang di alam realiti.
https://www.facebook.com/mfribnmukhtar/media_set?set=a.228221993947608.33247.100002794267166
https://www.facebook.com/mfribnmukhtar/media_set?set=a.190064201096721.26791.100002794267166

12. Komik kau mesejnya terlalu ego dan sombong.

Cuba baca Komik Sobar yang saya lukis. Ada forumer Pergh.com kata komik sobar tu cara berdakwah penuh humble macam mana pulak tu. Hakikatnya mungkin ego dan sombong itu ada pada saya, dan saya akan berusaha melawannya tiap masa.

13. Kau ini selalu paksa orang menerima mesej komik kau, mungkin kau dikelilingi oleh orang sefikrah dengan kau saja.

Saya tak pernah paksa siapa-siapa baca komik saya. Saya offer kalau orang nak baca. Lepas baca komik saya, rasa terpaksa ikut mesej saya? hebat juga penangannya kalau begitu, confirm komik saya tak ada penangan itu. Saya duduk dalam forum Pergh.com yang tak ada orang sefikrah saya. Saya ada kawan baik, Dee (Rusydee Artz) yang semua orang tahu tak sefikrah saya. Di alam realiti sendiri, siapa yang sefikrah saya? Siapa yang memperjuangkan Musyawarah Umat sebagai ideologi politik,idea Futuwwah Revolution, hatta Gerakan Arus Baru diterajui aktivis ISMA yang guna komik saya untuk kempen pun tak sefikrah saya.

14. Sudah, aku benci kau! Aku nak mengumpat belakang kau lepas kau offline.

Jangan mengumpat, kalau nak discuss idea, dipersilakan cakap kat mana pun. Tapi kalau nak discuss diri personal saya, maka marilah bertanya saya sementara saya online lagi.

Apa-apa pun, saya akan simpan rekod komen tuan/puan sebagai renungan saya di masa depan. Semua nama saya expose sepertimana anda expose nama saya. Saya yakin semua komen di bawah ini ditulis dengan penuh intelektual, jujur, ikhlas dan rasa iman kepada Allah. Maka tentu ada kebaikan yang dapat saya kutip. jangan bimbang, akaun saya ini tiada friend dan ramai sudah orang unfollow dan block akaun ini.

Terima kasih:https://www.facebook.com/mfribnmukhtar/media_set?set=a.541811515921986.1073741837.100002794267166

BERHENTI SEBAR KOMIK DAKWAH DI FACEBOOK BERCANGGAH DENGAN SUNNAH NABI BERDAKWAH?

1. Saya nak bagi clear hal ini sebelum 31 Disember 2014 ini, jika nanti ditakdirkan saya dah tak online sampai bila-bila lepas tahun 2015, saya tak mahu orang fikir "mfr studio berputus asa dalam berdakwah". Saya tak pernah putus asa malah perjuangan front karya 200% gratis wujud juga kerana berasa takut dan bimbang Allah tanya di akhirat, "apakah kau sudah laksana kewajipan dakwah di dunia atau kau lari dari menunaikan kewajipan?".

2. Kerana saya fikir dakwah adalah kewajipan/fardu ke atas setiap muslim (kalau tak buat dakwah, maka berdosa) oleh itu saya perjuangkan komik dakwah. Kerana saya tak ambil upah menunaikan fardu-fardu agama, seperti solat, zakat, puasa, maka saya berpegang untuk tidak ambil upah dalam menunaikan fardu dakwah. Maka saya tak nampak ada ruang buat pelukis muslim lain juga untuk berhujah melukis komik tapi tak mahu komiknya menjadi komik dakwah, atau pelukis yang berhajat untuk kejar upah dalam berdakwah apatah lagi mencari rezeki bagi anak bini makan dengan lukis komik yang sia-sia tak boleh jadi hujah untuk mohon pada Allah untuk dimasukkan dalam syurga.

3. Dalam hukum melukis juga jelas hadis-hadis sahih menunjukkan Nabi s.a.w banyak melarang lukisan dan tak suka lukisan khususnya lukisan makhluk bernyawa. Nak mencari mana-mana peristiwa dalam hadis Nabi s.a.w pernah memuji lukisan setakat ini saya belum jumpa, kecuali lukisan-lukisan garisan semata-mata. Hadis Ibn Abbas juga menampakkan keringanan hanya untuk lukisan bukan makhluk bernyawa. Komik ini melibatkan lukisan makhluk bernyawa. Hujah mengharuskan lukisan ini hanya datang dari kajian fiqh para alim ulama, yang boleh saya simpul mudahkan, dengan atas tujuan keperluan mendesak pendidikan yang bermanfaat untuk agama (dakwah), ia dibenarkan/diharuskan oleh sebahagian ulama moden. Itupun syaratnya ketat supaya tujuan pendidikan tadi tak melencong ke arah membawa manusia kepada dosa khususnya syirik.

4. Syirik ini sangatlah luas. Banyak hal dalam usaha komik boleh bawa pada syirik. Sepertimana dalam hidup seharian manusia ini juga silap sikit boleh jatuh syirik. Ringkasnya, kalau hati manusia dicenderungkan kepada hal lain selain hanya bulat untuk menghambakan diri ikut taat patuh setia cinta pada Allah, hal itu boleh bawa syirik. Kalau kita cinta perempuan hingga lebih banyak ingat perempuan itu dari mengingati Allah, maka syirik hati telah berlaku. Patut Allah no.1, maka paling banyak kita ingat dalam 24 jam adalah Allah, tapi kita letak benda lain lebih banyak dari Allah, maknanya Tuhan di hati kita Allah atau benda lain? Itu syirik. Oleh sebab itu setiap muslim sebelum berniat atau menetapkan amal sehariannya mesti jelas hujah tujuan amal itu dilaksanakan. Kita bernafas pun kena jelas hujah tujuan kita bernafas, sebab Allah perintah kita hidup, Allah beri nikmat oksigen, Allah yang kurnia kekuatan jantung dan paru-paru, maka lihat, nafas kita pun buat kita ingat Allah sebab kita takut syirik.

5. Lukis komik buat pembaca memuja watak, "wah hebatnya watak ini!" pun kita risau menyebarkan syirik. Pelukis muslim patut takut menggigil kalau komiknya tak mencapai mesej agung,iaitu supaya pembaca akhirnya memuja Allah dan bukan makhluk. Menyebarkan rasa cinta dan takut pada Allah. Cinta nak Allah cinta kita kembali. Takut Allah murka hingga kita tak dapat raih cinta Allah sampai bila-bila. Itu mesej utama kita nak bawa pembaca. Kita nak pembaca cinta sunnah sebab nak dekat dengan Allah, pembaca tambah faham agama sebab nak dekat dengan Allah, pembaca semangat perjuangkan agama sebab nak dekat dengan Allah, pembaca perbanyakkan baca al quran, tadabbur dan amalkan ajarannya dan tak baca komik lebih banyak dari baca al quran sebab takut Allah jauh darinya. Itu kita nak kejar dalam komik muslim. Itulah makna dakwah. Mengajak manusia menuju pada Allah, bukan pada komik, bukan pada makhluk, makhluk dan komik hanya alat saja, macam screw driver, macam paku, macam cangkul. Apa gila duduk belek alat tanpa buat kerja? Kerja kita manusia adalah beribadah pada Allah.

6. Jika tujuan komik dah berubah, isi cerita dah tak selari tujuan, pelukis sendiri dah lalai, tak takut pada Allah, tak menggelentar dengan dosa yang belum taubat, tak takut pembaca lupa nak ingat Allah, dah tak kisah dengan syirik-syirik yang terjadi, orang review dan komentar komik kita pun lalai habis tak ingat sikit pada Allah, tak menangis langsung dengan dosa, tak rasa langsung patut taubat dan henti terus dosa maksiat, tak rasa nak baca quran, tak rasa nak ke masjid, tak rasa nak baca karangan-karangan ulama, hanya sibuk menunggu siri komik kita saja, lalai dengan isi cerita kita, buat orang rasa nak main game atau bela pet lebih dari ibadah pada Allah, maka ibadahkah lagi usaha komik kita? dakwahkah lagi tujuan kita? redhakah Allah pada kita? boleh jadi hujah nak minta masuk syurga? Atas rasa risau dan bimbang itu jugalah kita tak kan berani nak dakwah guna cara maksiat, nak dakwah tutup aurat dengan melukis watak mendedah aurat yang haram kita normalisasikan pada umat?

7. Maka lukis komik sebagai dakwah ini jalan yang sangat nipis yang sangat bahaya. Sikit silap, rasa lukisan sendiri cantik, dah timbul ujub, itupun syirik juga. Orang puji-puji kita, dah tentu mudah bawa syirik, patutnya segala pujian hanya bagi Allah. Orang tak ingat Allah, asyik ingat pada komik kita pun dah syirik. Ia usaha yang kena banyak menangis mohon Allah ampun kita selalu, usaha yang kita kena mohon sangat-sangat petunjuk dari Allah, usaha yang buat kita sentiasa berdebar kalau-kalau ia bukan suatu kebaikan tapi keburukan, mudarat dan kegagalan dakwah (gagal bawa manusia kepada Allah).

8. Saya telah pun menerima komen jujur ikhlas bahawa karya saya buruk, tiada nilai tiada kebaikan positif, dan sebuah kegagalan dakwah yakni gagal membawa manusia kepada Allah, maka apa ingat saya boleh rilek rilek saja? Apa saya nak jawab depan Allah? Jika komik saya bawa manusia kepada jalan mungkar dan syirik, bolehkah saya mohon Allah masukkan saya dalam syurga.Kalau tak ke syurga, ke mana saya? Berani saya masuk neraka? Tak takut menggigil? Itu belum lagi dikira amal realiti saya di dunia ini. Saya tak nafikan ada orang mengaku kebaikan karya saya, alhamdulillah, tapi apa jaminan kebaikan lebih banyak daripada keburukan? Saya tak mampu menjaminnya.

9. Apa yang saya boleh jamin adalah diri saya sendiri saja, sama ada banyak dapat kebaikan atau keburukan dari komik yang saya lukis sendiri ini. Alhamdulillah, setakat ini komik saya umpama nota ringkas selepas saya menelaah kitab-kitab agama, nasihat dan peringatan dari ceramah dan kuliah para alim dan asatizah. Itu saja yang saya boleh jamin. Maka menjawab persoalan di atas, adakah berhenti menyebar komik dakwah di facebook bercanggah dengan sunnah Nabi s.a.w? Mengikut situasi saya, saya berhenti bagi mengelakkan mudarat yang besar pada umat adalah selari dengan sunnah Nabi s.a.w.

10. Adakah kerana tak sebar komik dakwah di facebook, berrerti berputus asa berdakwah? Pelik sungguh soalan itu. Seperti saya terang tadi, jelas melukis komik dakwah hanyalah satu usaha yang berjalan di atas jalan nipis berteraskan hujah sebahagian ulama moden semata-mata, yang mensyaratkan banyak hal supaya tidak terjatuh dalam lembah kebatilan. Adakah dakwah semata-mata dengan jalan menyebarkan komik dakwah di facebook? Ya Allah, dakwah Nabi tersebar berabad-abad ke seluruh dunia tanpa facebook pun! Allah masih beri kita kaki, tangan, mulut , nyawa seperti pendakwah-pendakwah lain diberi, mengapa dakwah tak boleh jalan tanpa facebook? Pastilah boleh! Yakin boleh!

11. Apatah lagi sekarang ini ramai orang mengakui keupayaan pelukis-pelukis muda kita dalam berdakwah mengajak manusia kepada Allah dan sunnah Nabi s.a.w. Untuk apa lagi saya? Nak karya buruk saya merosakkan dakwah Islam? Biarlah mereka yang pakar berdakwah dalam komik ini terus beraksi. Mereka ini semua hebat-hebat belaka. Mereka tahu selok belok melukis komik dakwah yang sebenar. Mereka tahu mana satu komik dakwah tipikal, mana satu komik dakwah special hebat canggih muktabar lagi bagus dahsyat.Cukup sudah bagi saya. Ini jalan nipis, bukan semua orang patut terjun, apatah lagi saya yang berkarya teruk ini. Ada orang ada semangat dan niat yang baik, tapi dah karya tu teruk tak bawa manusia pada Allah, nak mengaku sebagai usaha komik dakwah lagi? Saya rasa cukup bagi karya saya sebagai nota peribadi saja selepas ini. Saya insaf.

12. Saya offline tahun 2015 bukan sebab nak lari berdakwah. Saya ada benda nak buat tahun 2015 ini. Dalam dunia ini bukan facebook dan komik saja! Ya Allah, facebook dan komik ini macam plak celah gigi saja, kita ada fakir miskin, gelandangan, anak-anak muda terbiar, dan penzalim-penzalim yang perlu kita lawan di luar sana. Malah saya rasa saya masih akan terus melukis, sebab ini cara saya merekod pengetahuan dan peringatan. Saya juga malah akan masih menunaikan janji untuk melukis komik permintaan bagi sesiapa yang request di e-mel. Offline yang saya maksudkan hanyalah menghilangkan mfr studio dan komik-komiknya di mana-mana channel. Saya tetap bekerja dan berkomunikasi menggunakan teknologi online sebagai diri saya, Muhammad Fakhrul Razi.

Tuntas.

p/s: terima kasih pada yang unfollow dan kecewa dengan diri saya asalkan anda terus follow Islam dan tak kecewa dan putus asa dengan rahmat Allah.

mfr

DARI KOMIK MALAYSIA YANG PICISAN TERBIT ONLINE GRATIS, HINGGA DITERJEMAH DAN DITERBIT BUKU KOMIK DI INDONESIA (2006-2014)

Ini sebuah kisah benar. Saya mula menerbitkan karya secara online pada tahun 2006 iaitu setelah melangkah ke bumi Jepun dan berkenalan dengan forum Alwan Comics. Berkomik dengan prinsip yang saya namakan "200% gratis" hanya saya kira betul-betul serius saat saya berkarya Komik Ayat-ayat Cintan, Komik Adab dan Komik Siri Islam & Iman pada tahun 2008.

Prinsipnya memang memualkan bagi sebahagian pencinta komik dan pemain industri komik. Lukislah apa saja tanpa kira kemas atau comot, apa yang penting ia dilukis bagi membangunkan fikir yang tinggi dan sebuah rencana revolusi yang panjang untuk dicetuskan menerusi propaganda mesej yang jelas dan tuntas dari komik yang dilukis. Komik untuk melangsaikan tuntutan agama agar mampu menjawab di depan Allah. Komik atas rasa fikir risau bimbang pada umat dan tamadun manusia. Komik yang 200% gratis boleh disebarkan tanpa mengira kredit dan untung.

Ketiga-tiga komik yang serius dimulakan dengan prinsip itu boleh dikatakan paling laju dan cincai pernah saya lukiskan. Komik Ayat-ayat Cintan menjadi antara komik terpanjang saya yang dilukis cincai buruk ya amat, dilukis dengan pensel dan pembaris TANPA PEMADAM. Punya cincai kedekut nak memadam, yang kemudian di-scan dan disebarkan pertama kali dalam forum perubatan cawangan mansurah (yang saya tak ada kaitan satu habuk dengan pelajar di Mesir).

Saya tak sangka, memang komik cincai apa saja tidak menjadi masalah bagi sebahagian orang, yang penting setelah mereka membaca ada satu fikir besar yang mereka telah fikir dan terkesan. Apa lagi nak dibangkitkan jika tujuan manfaat komik adalah untuk mencetuskan fikir telah tercapai, WALAUPUN DENGAN LUKISAN CINCAI.
Sambil tidak menafikan sebuah karya patut dibuat dengan kemas dan baik sesuai dengan niat mesej yang baik, tapi MELUKIS DENGAN KEMAS BANYAK MEMAKAN MASA UMUR SEDANGKAN SUMBANGAN MESEJ TIDAK DAPAT DIBUAT SECARA PRODUKTIF bagi orang yang lemah melukis seperti saya! Orang yang yakin dia masih boleh hidup esok hari, mungkin tiada masalah untuk menghabiskan masa membelai lukisan mereka dengan penuh lemah gemalai teliti kemas cantik beautiful. Tapi bagi orang yang yakin AJALnya sudah mendekati bagai rapatnya dua jarinya tatkala bertemu, apakan daya terpaksa melukis dengan penuh rasa takut, cemas dan risau bimbang mesejnya tak dapat segera dituntaskan.

Tidak dinafikan di dunia ini ada pelukis yang imannya tinggi, mereka melukis dengan tenang tapi tetap laju dan produktif. Tidak semua mendapat anugerah itu, apatah lagi diri saya yang naif ini.

Dalam penilaian komik saya buruk, cincai, banyak dialog, tak menarik, tak ada nilai positif, sebuah kegagalan dakwah, sombong dan sebagainya yang saya percaya adalah komen yang jujur ikhlas sehingga saya private semua karya saya, nun jauh di INDONESIA rupanya ada sebahagian orang yang merasai kebaikan darinya.
Komik-komik saya yang diambil dari koleksi komik permintaan, komik poster, komik akidah, komik cerita pasal kawan, siri Islam & iman hingga ke komik siasah dan politik digabung dari awal hingga akhir buku dan diterbit dengan tajuk "99 Panduan Muslim Sehari-hari" oleh Melvana Publishing Indonesia merupakan satu rekod istimewa buat saya.
http://new.bukabuku.com/browses/product/9786021362105/99-panduan-muslim-sehari-hari-in-comic.html

Saya tak tahu menahu komik saya diterbit di Indonesia, sehinggalah saya terjumpa sendiri ketika melayari internet dan membeli serta menyemaknya sendiri, maka sahihlah komik saya dari awal hingga akhir buku!
Ia merupakan sebuah kisah benar dan bukti bahawa apa yang saya selalu sebut pada teman-teman saya, "Kau lukis saja laju-laju, banyak-banyak, hamburkan semua pesanan dan ilmu yang ada buat umat, terbit saja ONLINE GRATIS IKHLAS HANYA UNTUK RAIH REDHA ALLAH. Apabila ia 200% gratis bukan saja kau tembus alam maya, kau juga mampu tembus rumah-rumah orang hingga tembus kedai-kedai buku tanpa PENGETAHUAN MU! Akan tiba satu zaman, apabila tidak perlu lagi pelukis-pelukis komik terhegeh-hegeh menghantar karya mereka untuk dinilai penerbit, TAPI PENERBIT SENDIRI YANG AKAN MENDATANGIMU DAN MENERBITKAN KARYAMU TANPA KAU MENGHANTARNYA!"

Ini akan menggoncang segala teori menulis dan melukis komik dengan step dan peraturan begitu begini mainstream! Saya harap pelukis-pelukis seangkatan saya yang tidak pernah ada niat mahu raih apa-apa keuntungan duniawi dari hasil karya mereka, bukalah mata dan hati, jangan takut melawan arus keduniaan, jangan kejar redha manusia, jika benar kita mahu karya kita semata-mata menjadi saham akhirat, kejarlah untuk menghambur pesan-pesan meraih redha Allah semata-mata dan terbit saja 200% gratis tanpa rasa malu dan segan! BIAR ALLAH YANG MENENTUKAN NASIBNYA! ALLAH ITU LEBIH SUPREME!
Jika tidak ada yang suka baca, tidak ada yang mahu sebar, tidak ada masalah! Tak kan semua nota agama kita wajib dibaca dan disebar orang, maka SYUKURLAH kau ada nota agama pesan-pesan untuk peringatan diri kau sendiri yang KAU LUKIS SENDIRI! Jika kita tak mampu faqihkan orang, jangan lalai untuk faqihkan diri kita sendiri! Ingatan keras buat diri saya sendiri!

Begitulah! Titik! Tuntas!

mfr

PENGUMUMAN YANG TIDAK AKAN DIULANG LAGI



1. Kepada yang benci saya atau karya saya, mohon jasa baik tuan/puan agar menulis sedikit peringatan atau review tentang betapa buruk karya saya dan memudaratkan umat bagi memudahkan sesiapa yang search "komik mfr studio" di google atau enjin carian lain membaca review anda,seterusnya tidak akan membaca karya saya dan tidak menyebarkannya.Ini akan membantu karya-karya buruk saya pada pandangan anda tidak tersebar dan dibaca oleh orang lain.

2. Bagi yang rasa karya saya mempunyai kebaikan, anda bolehlah cepat-cepat download di: http://contengmfr.blogspot.com/p/katalog-komik-di-g.html
Kalau tak jumpa karya yang anda cari atau tak tahu cara nak cari dan download, boleh tanya saya di: mfakhrulrazi@gmail.com
Anda perlu tahu, link katalog di atas hanya available sehingga 31 Disember 2014 sahaja.

3. Ya, saya akan private atau tutup semua blog saya dan hide semua link-link yang saya letak di internet seberapa daya saya berkuatkuasa 1 Januari 2015.

4. Karya-karya saya. saya sendiri akui adalah buruk dan percaya dengan komentar jujur ikhlas bahawa ia adalah karya-karya yang tiada nilai positif dan sebuah kegagalan dakwah walaupun saya meniat dan mengusahakannya semata-mata mahu langsaikan tanggungjawab sebagai muslim.

5. Walaubagaimanapun, saya juga tak dapat nafi karya-karya saya yang disebar oleh orang-orang di facebook, dicetak dalam majalah-majalah, diterjemah dan diterbit di indonesia, diupload di webkomik, disebar pada door gift majlis perkahwinan, diframe dan dihadiah pada sanak saudara orang dan lain-lain mungkin mempunyai kebaikan atau kerana tiada alternatif kebaikan yang dijumpai.

6. Saya kira, anak-anak muda yang berkarya sekarang lebih bermutu hasil kerja mereka dan tidak menerima komen jujur ikhlas usaha mereka tiada nilai positif dan sebuah kegagalan dakwah. Maka semua orang pergilah pada anak-anak muda ini yang bila anda membaca karya mereka, ilmu berkenaan sunnah anda meningkat, kefahaman anda tentang ajaran islam bertambah, cinta pada Allah meningkat dan membuang cinta pada keduniaan, anda akan rasa nak lebih banyak beramal, membaca al quran dan tadabburnya, nak lebih banyak bertaubat dari baca komik yang sia-sia, main game yang lalai, merajinkan diri anda ke masjid, meluruskan fikrah politik, dan berbuat amal soleh dan menyumbang pada pembangunan teknologi islami buat tamadun manusia. Dengan adanya karya-karya begini, untuk apa lagi adanya karya-karya buruk saya.

7. Saya berniat offline sepanjang tahun 2015, tapi hanya melukis untuk nota agama diri sendiri semata-mata. Komik saya adalah rekod peringatan dan nasihat yang berguna untuk diri saya. Mungkin juga rekod yang baik untuk anak-anak saya memahami apa yang difikir dan dirisaukan oleh bapa mereka inshaAllah selepas saya tiada lagi di dunia.

8. Saya pernah berjanji untuk melukis komik permintaan pada tahun 2015. Anda boleh request di e-mel saya dan saya akan lukis semampu saya selayak sebuah nota agama yang berguna untuk diri saya. Oleh itu, mungkin hasilnya buruk, tiada nilai positif dan kegagalan dakwah jika anda membacanya. Maka, fikirlah dulu sebelum request. Apa-apapun saya tak harapkan apa-apa caj atas khidmat dan servis melukis komik permintaan, ia kekal gratis 200%.

9. Saya mungkin kembali online pada tahun 2016, atau mungkin 2017, atau mungkin 2018, bergantung pada situasi hidup saya di alam realiti, nyawa yang belum tentu ada pada esok hari, dan kritikalnya situasi politik negara. Tapi bukan online di facebook, hanya di blog atau G+.

10. Karya saya banyak buruknya, maka saya memohon ampun dan maaf pada semua yang telah membacanya. Terima kasih juga sudi memberikan teguran, kritikan dan nasihat yang ikhlas dan jujur, kerana hanya mereka yang jujur sahaja yang baik pada pandangan mata saya. Mereka yang memuji, cuba menjaga hati, dan memberikan komen tak jujur pada saya adalah umpama musuh yang saya waspadai.

11. Terima kasih juga pada semua yang berbuat baik pada saya, setiap kebaikan pasti Allah ganjarinya. Saya miskin tak ada duit nak bayar tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Tuntasly,

mfr
(-31 Disember 2014)

Komik 99 Panduan Muslim Sehari-hari Oleh MFR


2 hari lepas saya terjumpa buku komik ini di kedai buku online Indonesia. Tajuk-tajuk komik di dalamnya macam komik yang pernah saya lukis, previu komik di cover belakangnya macam komik saya, nama pengarang buku ini pun serupa nama saya, MFR.

Selepas berbincang dengan Dee dan Freshie, saya pun activate facebook semula dan mesej ke page kedai buku online yang ada menjual komik ini, seperti BukuKita, BukaBuku, Gramedia, dan RajaBuku. Gramedia ada menjawab untuk saya hubungi customer carenya. Setelah saya aktifkan IDD, saya cuba hubungi Gramedia Indonesia tapi tidak berangkat.

Maka, saya cubalah register akaun dalam web online kedai-kedai buku ini, nampaknya web BukaBuku.com ada option penghantaran ke Malaysia. Sebab saya nak transfer menggunakan Maybank2u, dan Maybank2u limit minimum untuk transfer ke luar negara adalah RM250, maka saya pun orderlah komik ini dalam 5 buah dengan harga RM287+RM10(caj)=RM297. Memang agak mahal kerana mengambilkira kos penghantaran dari Indonesia ke Malaysia. Seolah-olah saya telah beli satu komik berharga RM59.

Namun, testimoni dari teman Indonesia, Akhi Fadli yang telah membeli komik ini di sana, mengatakan komik ini bagus, maka saya tak rasa rugi membelanjakan wang membelinya. InshaAllah saya akan sebarkan baki 4 buah komik secara gratis buat orang di Malaysia.

Akhi Fadli sendiri mengenali saya setelah membeli komik tersebut, dan saya tak tahu pun karya itu telah tersebar di Indonesia dalam bentuk buku. Terima kasih buat penerbit Melvana Indonesia, walaupun mereka terbit secara senyap-senyap, tapi tetap mereka sangat berani menanggung risiko kerugian. Ya lah, komik berdialog panjang dan penuh satu panel macam komik saya mana ada orang baca. Syukur orang yang baca macam Akhi Fadli tidak mendapat apa-apa mudarat, malah katanya, komik itu asbab turunnya hidayah, ameen.

Saya harap 5 buah komik yang saya beli ini sampai dengan selamat. Kalau tak sampai, hanguslah RM297 saya. Huhu..

UPDATED:

Alhamdulillah, telah sampai kesemuanya dengan selamat pada 21 Nov 2014. Terima kasih banyak-banyak BukaBuku.com! Saya akan review kemudian.




Update: Komik Akidah #8 dan #9

Alhamdulillah telah masukkan Komik Akidah yang ke 8 dan 9, yang saya fikir bermanfaat untuk peringatan pada diri saya.

#8 Zalim Seorang Islam Yang Tidak Berdakwah

#9 Riak Kalau Mengaku Kerana Allah?

Buat sesiapa yang nak membaca, boleh request jadi reader dengan hantar alamat gmail anda kepada saya: mfakhrulrazi@gmail.com. Saya akan hantar invitation ke emel, anda accept invitation dan boleh akses terus.

Maafkan saya jika anda merasakan mudarat selepas baca komik tersebut, boleh maklumkan pada saya segera untuk saya perbaiki diri dan saya akan segera remove anda dari menjadi reader supaya mudaratnya tak berpanjangan. Moga Allah ampuni kelemahan saya.