Komik 99 Panduan Muslim Sehari-hari Oleh MFR


2 hari lepas saya terjumpa buku komik ini di kedai buku online Indonesia. Tajuk-tajuk komik di dalamnya macam komik yang pernah saya lukis, previu komik di cover belakangnya macam komik saya, nama pengarang buku ini pun serupa nama saya, MFR.

Selepas berbincang dengan Dee dan Freshie, saya pun activate facebook semula dan mesej ke page kedai buku online yang ada menjual komik ini, seperti BukuKita, BukaBuku, Gramedia, dan RajaBuku. Gramedia ada menjawab untuk saya hubungi customer carenya. Setelah saya aktifkan IDD, saya cuba hubungi Gramedia Indonesia tapi tidak berangkat.

Maka, saya cubalah register akaun dalam web online kedai-kedai buku ini, nampaknya web BukaBuku.com ada option penghantaran ke Malaysia. Sebab saya nak transfer menggunakan Maybank2u, dan Maybank2u limit minimum untuk transfer ke luar negara adalah RM250, maka saya pun orderlah komik ini dalam 5 buah dengan harga RM287+RM10(caj)=RM297. Memang agak mahal kerana mengambilkira kos penghantaran dari Indonesia ke Malaysia. Seolah-olah saya telah beli satu komik berharga RM59.

Namun, testimoni dari teman Indonesia, Akhi Fadli yang telah membeli komik ini di sana, mengatakan komik ini bagus, maka saya tak rasa rugi membelanjakan wang membelinya. InshaAllah saya akan sebarkan baki 4 buah komik secara gratis buat orang di Malaysia.

Akhi Fadli sendiri mengenali saya setelah membeli komik tersebut, dan saya tak tahu pun karya itu telah tersebar di Indonesia dalam bentuk buku. Terima kasih buat penerbit Melvana Indonesia, walaupun mereka terbit secara senyap-senyap, tapi tetap mereka sangat berani menanggung risiko kerugian. Ya lah, komik berdialog panjang dan penuh satu panel macam komik saya mana ada orang baca. Syukur orang yang baca macam Akhi Fadli tidak mendapat apa-apa mudarat, malah katanya, komik itu asbab turunnya hidayah, ameen.

Saya harap 5 buah komik yang saya beli ini sampai dengan selamat. Kalau tak sampai, hanguslah RM297 saya. Huhu..

UPDATED:

Alhamdulillah, telah sampai kesemuanya dengan selamat pada 21 Nov 2014. Terima kasih banyak-banyak BukaBuku.com! Saya akan review kemudian.




No comments: