PENGUMUMAN YANG TIDAK AKAN DIULANG LAGI



1. Kepada yang benci saya atau karya saya, mohon jasa baik tuan/puan agar menulis sedikit peringatan atau review tentang betapa buruk karya saya dan memudaratkan umat bagi memudahkan sesiapa yang search "komik mfr studio" di google atau enjin carian lain membaca review anda,seterusnya tidak akan membaca karya saya dan tidak menyebarkannya.Ini akan membantu karya-karya buruk saya pada pandangan anda tidak tersebar dan dibaca oleh orang lain.

2. Bagi yang rasa karya saya mempunyai kebaikan, anda bolehlah cepat-cepat download di: http://contengmfr.blogspot.com/p/katalog-komik-di-g.html
Kalau tak jumpa karya yang anda cari atau tak tahu cara nak cari dan download, boleh tanya saya di: mfakhrulrazi@gmail.com
Anda perlu tahu, link katalog di atas hanya available sehingga 31 Disember 2014 sahaja.

3. Ya, saya akan private atau tutup semua blog saya dan hide semua link-link yang saya letak di internet seberapa daya saya berkuatkuasa 1 Januari 2015.

4. Karya-karya saya. saya sendiri akui adalah buruk dan percaya dengan komentar jujur ikhlas bahawa ia adalah karya-karya yang tiada nilai positif dan sebuah kegagalan dakwah walaupun saya meniat dan mengusahakannya semata-mata mahu langsaikan tanggungjawab sebagai muslim.

5. Walaubagaimanapun, saya juga tak dapat nafi karya-karya saya yang disebar oleh orang-orang di facebook, dicetak dalam majalah-majalah, diterjemah dan diterbit di indonesia, diupload di webkomik, disebar pada door gift majlis perkahwinan, diframe dan dihadiah pada sanak saudara orang dan lain-lain mungkin mempunyai kebaikan atau kerana tiada alternatif kebaikan yang dijumpai.

6. Saya kira, anak-anak muda yang berkarya sekarang lebih bermutu hasil kerja mereka dan tidak menerima komen jujur ikhlas usaha mereka tiada nilai positif dan sebuah kegagalan dakwah. Maka semua orang pergilah pada anak-anak muda ini yang bila anda membaca karya mereka, ilmu berkenaan sunnah anda meningkat, kefahaman anda tentang ajaran islam bertambah, cinta pada Allah meningkat dan membuang cinta pada keduniaan, anda akan rasa nak lebih banyak beramal, membaca al quran dan tadabburnya, nak lebih banyak bertaubat dari baca komik yang sia-sia, main game yang lalai, merajinkan diri anda ke masjid, meluruskan fikrah politik, dan berbuat amal soleh dan menyumbang pada pembangunan teknologi islami buat tamadun manusia. Dengan adanya karya-karya begini, untuk apa lagi adanya karya-karya buruk saya.

7. Saya berniat offline sepanjang tahun 2015, tapi hanya melukis untuk nota agama diri sendiri semata-mata. Komik saya adalah rekod peringatan dan nasihat yang berguna untuk diri saya. Mungkin juga rekod yang baik untuk anak-anak saya memahami apa yang difikir dan dirisaukan oleh bapa mereka inshaAllah selepas saya tiada lagi di dunia.

8. Saya pernah berjanji untuk melukis komik permintaan pada tahun 2015. Anda boleh request di e-mel saya dan saya akan lukis semampu saya selayak sebuah nota agama yang berguna untuk diri saya. Oleh itu, mungkin hasilnya buruk, tiada nilai positif dan kegagalan dakwah jika anda membacanya. Maka, fikirlah dulu sebelum request. Apa-apapun saya tak harapkan apa-apa caj atas khidmat dan servis melukis komik permintaan, ia kekal gratis 200%.

9. Saya mungkin kembali online pada tahun 2016, atau mungkin 2017, atau mungkin 2018, bergantung pada situasi hidup saya di alam realiti, nyawa yang belum tentu ada pada esok hari, dan kritikalnya situasi politik negara. Tapi bukan online di facebook, hanya di blog atau G+.

10. Karya saya banyak buruknya, maka saya memohon ampun dan maaf pada semua yang telah membacanya. Terima kasih juga sudi memberikan teguran, kritikan dan nasihat yang ikhlas dan jujur, kerana hanya mereka yang jujur sahaja yang baik pada pandangan mata saya. Mereka yang memuji, cuba menjaga hati, dan memberikan komen tak jujur pada saya adalah umpama musuh yang saya waspadai.

11. Terima kasih juga pada semua yang berbuat baik pada saya, setiap kebaikan pasti Allah ganjarinya. Saya miskin tak ada duit nak bayar tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Tuntasly,

mfr
(-31 Disember 2014)

1 comment:

Anonymous said...

Tak, komik korang bagus. Serious bagus cuma diorang terpengaruh sangat dengan zaman ni.