MENJAWAB PERSEPSI

Bismillah.

1. Susah nak menjawab persepsi, nanti timbul pula persepsi lain. Harap kita cerahkan dulu hal berikut:

a. Anda nak percaya persepsi anda walaupun anda tak usaha tabayyun apa-apa dengan saya, teruskan. Saya tak pernah nak halang. Saya tak pernah paksa anda baca pun post dalam blog ini. Anda bebas nak tuduh apa-apa, nak mengata apa-apa, nak mengejek apa-apa. Saya tak halang. Saya tak suruh buang persepsi itu.

b. Saya menulis ini hanya untuk maklumkan fakta di pihak saya. Andai saya silap, saya minta maaf. Saya minta ampun. Saya banyak dosa, saya banyak lalai, saya sedar hakikat diri saya yang lemah. Saya minta maaf. Saya minta maaf pada semua yang telah mendapat mudarat atas apa-apa yang datang dari saya. Saya minta maaf.

2. Sekarang saya akan jawab persepsi berikut:

a. KAU PENDAKWAH TAK BERGUNA

Jawab: Ya, saya mengaku persepsi ini. Maafkan saya atas ketidakgunaan saya. Moga Allah masih beri saya peluang untuk berusaha langsaikan kewajipan dakwah. Moga Allah didik saya. Moga Allah buka hati saya untuk dididik.

b. KAU BUKAN PENDAKWAH SEBENARNYA

Jawab: Ya, saya bukan pendakwah. Saya hanya muslim yang cuba nak usaha langsaikan kewajipan dakwah. Saya mohon maaf jika ada yang tersalah anggap saya seorang pendakwah hingga apabila mereka melihat kelemahan saya, mereka anggap itulah sifat pendakwah, padahal itu sifat kelemahan saya sendiri.

c. KAU CAKAP PUTAR BELIT.

Jawab: Saya perlukan maklumat lebih lanjut, cakap yang mana yang putar belit itu. Tabayyun dengan saya. Boleh e-mel saya untuk kita luruskan hal ini setuntasnya: mfakhrulrazi@gmail.com. Jika benar cakap putar belit, saya minta maaf, saya tak pernah sengaja. Saya sentiasa cuba cakap lurus, straight to the point, terang, jelas dan tuntas.

d. KAU PAKSA ORANG TERIMA, KOMIK DAKWAH/ KOMIK SYARIAH COMPLIANT HANYALAH KOMIK YANG BERTERASKAN AJARAN ISLAM/MENYERU KEPADA ALLAH DAN BUKANNYA KOMIK NILAI-NILAI KEMANUSIAAN YANG UMUM

Jawab: Jika mahu dipanggil komik dakwah atau komik syariah compliant, maka komik itu perlulah memenuhi maksud DAKWAH dan SYARIAH. Tidaklah dinamakan DAKWAH atau SYARIAH jika unsur "ALLAH" dihilangkan. Nilai-nilai kemanusiaan yang umum tidak mengaitkan dengan ALLAH, maka nilai itu tak terikat dengan makna nilai itu di sisi SYARAK. Contohnya nilai "SABAR" dalam kemanusiaan tidak sama dengan nilai SABAR di sisi syarak, kerana SABAR di sisi syarak terkandung juga erti TAWAKKAL,ISTIQAMAH, REDHA PADA ALLAH yang tak ada di sisi kemanusiaan. Nilai "HORMAT" di sisi kemanusiaan tidak sama dengan nilai "HORMAT" di sisi SYARAK, kerana HORMAT di sisi syarak terkandung juga erti TAWADHUK, WALA', TAAT yang tak ada di sisi kemanusiaan. Maka komik kemanusiaan yang umum bukan komik dakwah/ syariah compliant selagi tak tertakluk pada batas makna DAKWAH dan SYARIAH. Ini hakikat ajaran Islam. Saya tak paksa orang terima. Tapi pergilah mengkaji sedalam mana pun ajaran Islam mereka akan dapati hal yang sama, NILAI KEMANUSIAAN UMUM semata-mata itu maknanya berbeza dengan NILAI KEMANUSIAAN YANG MENGHAMBAKAN DIRI PADA ALLAH DALAM DAKWAH DAN SYARIAH. Sekali lagi diulangi, saya tak paksa, saya hanya beritahu dan sampaikan fakta.

e. KAU PAKSA ORANG RUJUK KOMIK KAU JIKA NAK LUKIS KOMIK DAKWAH

Jawab: Tidak pernah. Saya pernah minta orang rujuk komik saya yang BERDIALOG PANJANG apabila seseorang telah menawarkan diri untuk mengajar saya melukis komik dakwah yang baik. Katanya, komik dakwah berdialog panjang TIDAK AKAN DIBACA oleh orang mengikut kajian kumpulannya. Padahal komik saya berdialog panjang bertajuk "Kahwin Awal" telah dibaca oleh ramai orang. Bagaimana kajiannya tak menggambarkan realiti yang berlaku? Saya tak pernah paksa atau suruh orang jadikan komik saya sebagai RUJUKAN KOMIK DAKWAH. Saya suruh orang jadikan AL QURAN DAN SUNNAH sebagai RUJUKAN KOMIK DAKWAH.

f. KAU MENILAI ORANG JAHIL

Jawab: Tidak pernah. Kebanyakan kes saya bersangka baik semua orang lebih berilmu daripada saya. Saya sering mengulas idea bukan orang. Sekali lagi diulangi, saya mengulas idea bukan orang. Jika ada ayat saya mengulas sesiapa, maka mohon letakkan quote ayat saya itu, nama orang yang saya ulas itu, agar saya dapat perbetulkan. Kadang kala ada beberapa orang mengeluarkan kenyataan sekian sekian, saya akan mempersoalkan kenapa orang itu mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ia masih berkisar mengenai idea, bukan diri orang itu. Kerana mungkin pengalaman atau fikrah orang itu merupakan punca, masih lagi berkaitan dengan idea dan bukan diri orang itu. Contoh menilai diri orang seperti, "orang itu jahil, pemalas, jahat, penipu, munafik," dan sebagainya. Tapi jika bercakap soal "tindakan orang itu tak baik, kenyataannya terpesong, ayatnya tak sopan", ia berkaitan idea dan bukan diri personal, kerana mungkin saja "tindakannya tak baik kerana terlupa tapi orang itu selalu buat benda baik, kenyataannya terpesong kerana dia keliru atau tak mendapatkan fakta yang tepat tapi orang itu selalu cakap yang bermanfaat, ayatnya tak sopan kerana dia marah atau tak dapat kawal diri tapi dia selalu tenang dan baik".

g. KOMIK KAU JELAS MENILAI ORANG JAHIL

Jawab: Komik yang mana, mohon tabayyun dengan saya. Boleh e-mel saya untuk tuntaskan hal ini.

h. PENYAMPAIAN KAU TERUK

Jawab: Benar. Saya masih belajar. Maafkan kelemahan saya.

i. KAU TAK BOLEH TERIMA KRITIKAN, NASIHAT, TEGURAN

Jawab: Tidak benar. Malah saya sentiasa menunggu kritikan, nasihat dan teguran. Yang saya tak boleh terima adalah PUJIAN, kerana saya rasa cuba dirosakkan padahal saya perlu banyak perbaiki diri.

j. KAU PAKSA ORANG IKUT CARA KAU, PADAHAL CARA KAU BUKAN MUTLAK

Jawab. Tidak pernah. Saya suruh ikut AL QURAN DAN SUNNAH kerana itu MUTLAK. Cara apa yang saya paksa itu? Boleh tabayyun dengan saya dengan e-mel kepada saya untuk tuntaskan.

k. KAU PAKSA ORANG LUKIS KOMIK DAKWAH

Jawab: Saya tak paksa. Saya cuma sampaikan setiap MUSLIM hanya HARUS melukis KOMIK DAKWAH berdasarkan padangan sebahagian ULAMA. Belum lagi saya jumpa ulama yang mengharuskan komik selain itu. Dakwah ini merangkumi semua aspek menyeru kepada ajaran Islam yang luas, politik, pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi, sosial dan sebagainya.

l. KAU JAHAT

Jawab: Benar, saya cuba hentikan kejahatan saya. Mohon nasihat saya.

m. KAU DENGKI, IRI HATI, SUKA CARI SALAH ORANG

Jawab: Tidak benar, cuma jika saya ternampak kesalahan, saya cepat-cepat nasihatkan jika mampu, sebab takut disoal di akhirat nanti kenapa membisu untuk menegakkan kebenaran.

n. KAU BOLEH BLAH

Jawab: InshaAllah saya akan blah jika sudah yakin orang tak mahu dengar atau lihat saya berada di situ. Tapi sebelum saya blah, saya sampaikan dulu apa yang WAJIB saya sampaikan.

o. PERGI MATILAH WEI

Jawab: Ajal ini tak akan lambat dan cepat, Allah akan tarik nyawa kita apabila sudah tepat masanya. Jangan bimbang.

*akan ditambah dari semasa ke semasa jika ada persepsi lain.*

No comments: